awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori maut dihempap mampatan kertas kitar semula

Bernama
Bernama
28/06/2023
14:00 MYT
Pemandu lori maut dihempap mampatan kertas kitar semula
Lelaki warga tempatan berusia 36 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. - Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengarahkan sebuah kilang di Bukit Minyak di sini menghentikan kerja-kerja memunggah mampatan kertas kitar semula susulan seorang pemandu lori maut dihempap mampatan itu, Isnin lepas.
Pengarah jabatan berkenaan Hairozie Asri berkata dalam kejadian 7.45 petang itu, lelaki warga tempatan berusia 36 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah selepas dihempap mampatan kertas kitar semula dianggarkan seberat 600 kilogram (kg).
"Berdasarkan siasatan awal mangsa adalah pemandu lori kontena syarikat subkontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja menghantar dan memunggah set kertas kitar semula menggunakan kontena yang diterima daripada pembekal ke kilang berkenaan.
"Ketika sampai di kilang itu mangsa membuka pintu kontena terlebih dahulu dan membuka lampu belakang lori, semasa membuka lampu lori mampatan kertas kitar semula berat kira-kira 600 kg jatuh sebelum menimpa lelaki itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, pihaknya mengeluarkan notis larangan bagi menghentikan kerja-kerja memunggah set kertas kitar semula di kilang tersebut serta-merta sehingga siasatan selesai.
Katanya JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran mengikut peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#JKKP Pulau Pinang
#dihempap mampatan kertas
#kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan