awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK direman

Bernama
Bernama
31/03/2025
09:15 MYT
Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK direman
Kemalangan melibatkan lima kenderaan, menyebabkan tiga individu maut dan empat lagi cedera, termasuk dua kanak-kanak. -Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Seorang pemandu lori direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dalam kemalangan yang mengorbankan tiga sekeluarga di Kilometer 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Kuantan semalam.

Ringkasan AI
  • Seorang pemandu lori direman empat hari untuk membantu siasatan kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang mengorbankan tiga sekeluarga.
  • Kemalangan melibatkan lima kenderaan, menyebabkan tiga individu maut dan empat lagi cedera, termasuk dua kanak-kanak.
  • Punca kematian ketiga-tiga mangsa adalah kecederaan otak traumatik.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata lelaki berusia 52 tahun itu direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 selepas ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong petang semalam.
"Pemandu terbabit mempunyai empat rekod saman lampau dan ujian saringan air kencing didapati negatif," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan tiga individu maut manakala empat lagi cedera dalam nahas yang melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah lori, Honda Accord, Proton Waja, Proton Saga dan kereta Subaru.
Kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta Honda Accord iaitu seorang lelaki Wong Kean Yeap, 29, dan kakaknya Wong Hwee Moon,34, serta ibu mereka Lee Lai Cheng, 61, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Tiga lagi penumpang kereta berkenaan iaitu lelaki warga tempatan berusia 33 tahun, dua kanak-kanak masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia lima serta tiga tahun cedera dalam kemalangan itu dan dibawa ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan.
Turut tercedera ialah kelindan lori berusia 29 tahun, manakala pemandu dan penumpang kenderaan lain terselamat.
Zaiham memaklumkan punca kematian ketiga-tiga mangsa disebabkan kecederaan otak traumatik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
#pemandu lori direman
#Zaiham Mohd Kahar
#tiga sekeluarga maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan