awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut, kelindan parah lori terbabas

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
15/12/2022
05:49 MYT
Pemandu maut, kelindan parah lori terbabas
Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera parah apabila lori dinaiki terbabas di Kilometer 8 Jalan Sungai Koyan-Raub, di Lipis, pada Khamis. - Gambar ihsan PDRM
LIPIS: Seorang pemandu lori maut manakala kelindannya cedera parah apabila lori dinaiki terbabas di Kilometer 8 Jalan Sungai Koyan-Raub, di sini, pada Khamis.
Kemalangan sekitar pukul 9 pagi itu membabitkan lori jenis Isuzu yang membawa muatan kotak kosong.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, mangsa, S. Tharvin, 23, beralamat di Kampung Baru Ringlet, Cameron Highlands meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lipis.
Sementara kelindan lori, R. Ravichanran, 23, beralamat di Ringlet, Cameron Highlands pula, kata Azli, patah kaki kiri akibat kemalangan tersebut.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu mangsa dalam perjalanan dari Kluang Johor menuju Cameron Hinglands.
"Apabila sampai di tempat kejadian, lori berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan kiri dan melanggar pokok sawit," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, pemandu lori itu meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lipis manakala kelindan dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.
Jelasnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu lori gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.
"Bedah siasat untuk mengetahui punca kematian akan dilakukan selepas keputusan ujian calitan COVID-19 diperoleh. Kejadian ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Siasatan di tempat kemalangan mendapati keadaan jalan lurus, sistem jalan satu lorong dua hala, garisan berkembar di tengah jalan sebagai pembahagi lorong, jalan berturap tar dan cuaca baik," ujarnya.
Topic Berkaitan
#pemandu lori maut
#kelindan parah
#kemalangan
#Jalan Sungai Koyan-Raub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan