awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/08/2024
09:05 MYT
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah ke utara terhalang menyebabkan kesesakan lebih dua jam dari Ipoh ke Kuala Kangsar. - Gambar/ PLUS
KUALA KANGSAR: Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
Pemandu yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu jam 1.57 tengah hari.
“Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Hino terbabas, lalu terbalik dan melibatkan dua mangsa.
“Seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak perubatan manakala seorang lagi lelaki yang duduk di bahagian tempat duduk penumpang mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sementara itu, PLUS menerusi platform X memaklumkan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah ke utara terhalang menyebabkan kesesakan lebih dua jam dari Ipoh ke Kuala Kangsar.
Pihak PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan dan menggunakan laluan alternatif.
Topic Berkaitan
#PLUS
#Perak
#punca kesesakan
#lori terbalik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan