PENGKALAN HULU: Seorang pemandu lelaki Mercedes Benz bakal berdepan denda RM 1 juta selepas dikesan terlibat dengan kegiatan penyeludupan minyak petrol di sebuah stesen minyak di Pengkalan Hulu, dekat sini pada Khamis.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata penahanan lelaki tempatan berusia 55 tahun itu dibuat Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas mendapati kenderaan itu dalam keadaan mencurigakan pada jam 10 pagi.
Katanya lelaki berkenaan telah ditahan dan dibawa ke Kem Batalion 18, Briged Utara PGA Jalan Baling, dekat sini selepas pihak berkuasa menemukan tangki tambahan atau tangki yang telah diubah suai pada bahagian belakang bonet Mercedes Benz berkenaan.
“Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Gerik telah melaksanakan tindakan sitaan barangan dan menahan suspek untuk siasatan lanjut.
“Antara barang-barang yang disita adalah sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang telah diubah suai tangki asal, minyak petrol dianggarkan 68 liter, resit pembelian petrol dan dokumen lain yang berkaitan. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM13,839.40,” katanya pada Jumaat.
Tambah Kamalludin, hasil siasatan awal pihaknya mendapati tangki yang telah diubah suai itu mampu mengisi minyak petrol sebanyak 60 hingga 70 liter bagi sekali pembelian.
Katanya pemandu Mercedes Benz itu kemudian akan berulang-ulang setiap hari dengan membawa dan menjual bahan api kawalan itu ke negara jiran.
“Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Sekiranya disabitkan dengan kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan penalti seperti, bagi mana-mana orang perseorangan didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
“Bagi kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, akan didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan yang kedua didenda tidak melebihi RM5 juta,” jelasnya lagi.
Amirrul Rabbani
Fri Aug 04 2023
Pihak berkuasa menemukan tangki tambahan atau tangki yang telah diubah suai pada bahagian belakang bonet Mercedes Benz berkenaan. - Foto KPDN
Klip pergaduhan pemain aksi Piala Belia 2024 tular
Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024.
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Malaysian Tigress belasah Vietnam 25-0 di Piala Asia 2024
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand hari ini.
GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Insiden pokok tumbang: Lima lokasi terlibat sekitar KL - Bomba
Lima lokasi dilaporkan mengalami insiden pokok tumbang di sekitar ibu negara berikutan ribut dan hujan lebat pada Isnin.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
GPS harap PM pertimbang wakil Sarawak Speaker Dewan Negara
GPS berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan wakil dari Sarawak bagi mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian Datuk Mutang Tagal.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca Kuala Kubu Baharu Memilih
Penyerang bersenjata lepas tembakan di sebuah kedai di Mexico, 8 terbunuh
Penyerang bersenjata telah melepaskan tembakan di sebuah kedai di perbandaran Huitzilac, di negeri Morelos, tengah Mexico, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Pemandu Mercedes Benz berdepan denda RM1 juta seludup minyak petrol
Pemandu Mercedes Benz itu akan berulang-ulang setiap hari dengan membawa dan menjual bahan api kawalan itu ke negara jiran.
Intipan Unit Risikan Marin tumpaskan seludup keluar petrol
Intipan Unit Risikan Marin daripada Pasukan Polis Marin (PPM) berkaitan penyeludupan minyak petrol ke Filipina membawa kepada penahanan dua lelaki Pala'u serta rampasan 2,570 liter minyak petrol.