awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu pacuan empat roda dikhuatiri lemas

Bernama
Bernama
21/05/2025
21:20 MYT
Pemandu pacuan empat roda dikhuatiri lemas
Sebuah kenderaan pacuan empat roda ditemui di dalam sungai selepas ia gagal melepas arus deras ketika cuba menyeberang Sungai Tendrik, Pos Bihai, Gua Musang, pada Selasa malam. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya gagal melepas arus deras ketika cuba menyeberang Sungai Tendrik, Pos Bihai, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Ya, saya sahkan ada menerima laporan kejadian itu namun polis masih lagi menyiasat," katanya.
Seorang lagi pemandu pacuan empat roda Maszlan Mohamad, 53, berkata dia dimaklumkan mengenai insiden itu oleh dua penumpang kenderaan terbabit yang sempat menyelamatkan diri.
"Mereka tiba di sungai itu pada 5.30 petang ketika hujan lebat namun pemandu berkenaan tetap nekad meneruskan perjalanan pada 8.30 malam semalam walaupun arus masih deras kerana bimbang lewat tiba di rumah kongsi di Kampung Pahong, Pos Bihai," katanya kepada Bernama semalami.
Menurutnya, seorang daripada penumpang yang terselamat mengalami kecederaan kaki ketika berusaha menyelamatkan diri dengan memecahkan tingkap dan berenang ke tebing.
Maszlan berkata dia turut ke lokasi kejadian dan mendapati kenderaan tersebut berada di dalam sungai namun pemandunya tidak kelihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#pacuan empat roda
#gagal seberang sungai
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami