awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu rempuh dua remaja hingga maut direman tujuh hari

Bernama
Bernama
12/06/2025
10:00 MYT
Pemandu rempuh dua remaja hingga maut direman tujuh hari
Suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas polis menemui dadah syabu dan heroin bernilai lebih RM6,000 dalam keretanya. -Facebook Mohd Kamal
TEMERLOH: Pemandu kereta dipercayai terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan dua remaja perempuan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tengku Ismail di sini semalam direman tujuh hari.

Ringkasan AI
  • Seorang lelaki berusia 38 tahun direman tujuh hari sehingga 18 Jun bagi membantu siasatan kemalangan maut di Temerloh yang mengorbankan dua remaja perempuan di persimpangan lampu isyarat.
  • Suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas polis menemui dadah syabu dan heroin bernilai lebih RM6,000 dalam keretanya.
  • Mangsa, Nur Irdina Shaffiya dan Aneez Irdiena Sofya, masing-masing berusia 18 tahun, maut di lokasi kejadian selepas motosikal mereka dirempuh ketika berhenti di lampu isyarat merah.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata lelaki berusia 38 tahun dan beralamat di Kepong, Kuala Lumpur itu ditahan bermula hari ini hingga 18 Jun.
"Suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini Mazlan dilaporkan berkata pemeriksaan ke atas kereta terbabit menemukan beberapa peket plastik disyaki mengandungi dadah syabu dan heroin yang dianggarkan bernilai lebih RM6,000.
Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, penunggang motosikal Nur Irdina Shaffiya Muhammad Nazri dan pemboncengnya, Aneez Irdiena Sofya Khairul Azman, masing-masing berusia 18 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian, dipercayai dirempuh sebuah kereta Perodua Bezza ketika berhenti di lampu isyarat merah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nur Irdina Shaffiya
#Aneez Irdiena Sofya
#motosikal dirempuh
#berhenti di lampu isyarat merah
#nahas temerloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan