awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu traktor bebas dengan jaminan polis

Sinar Harian
Sinar Harian
14/02/2018
00:17 MYT
Pemandu traktor bebas dengan jaminan polis
Nur Afini Roslan maut selepas bilah mesin potong rumput dari traktor ini terpelanting mengenai kepalanya. - Foto Sinar Harian
Pemandu traktor mesin potong rumput insiden kematian pelajar tingkatan dua yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata pemandu berusia 26 tahun berasal dari Tanjung Keling, Melaka, itu telah diambil kenyataan berhubung insiden berkenaan.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi kes yang disiasat di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana kematian disebabkan kecuaian,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi semalam, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR) Gemas, Nur Afini Roslan, 14, maut selepas bilah mesin potong rumput terpelanting mengenai kepalanya.
Dua lagi pelajar, Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, cedera di bahagian belakang kepala dan Abdullah Hazlan, 14, cedera pada bahagian telinga kanan.
Kedua-duanya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gemas bagi rawatan lanjut dan kemudiannya di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk dirawat.
Topic Berkaitan
#kematian
#maut
#mesin potong rumput
#pelajar
#pemandu
#polis
#sekolah
#siasatan
#traktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan