KUALA LUMPUR: Gara-gara membuat laporan polis palsu berhubung kehilangan kad pengenalan yang kononnya diragut, seorang pemandu van didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini.
Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas K. Soundararajan, 27, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Soundararajan didakwa memberikan maklumat secara bertulis yang palsu sehingga menyebabkan pegawai penyiasat polis melakukan siasatan yang sepatutnya tidak dilakukan di Balai Polis Selayang pada 4.50 petang, 4 Mac lepas mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana undang-undang tidak menghalang setiap individu untuk membuat laporan polis, namun laporan itu mestilah benar dan tidak direka-reka.
"Sepatutnya tertuduh tidak mengambil kesempatan dengan membuat laporan palsu daripada didenda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana kehilangan kad pengenalan," katanya.
Peguam M. Mariappan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan kerana ia merupakan kesalahan kali pertama anak guamnya dan dia tidak akan mengulangi kesalahan itu.
"Punca anak guam saya membuat laporan palsu kerana kehilangan kad pengenalan selain dia juga menanggung keluarga serta ibu bapanya yang uzur dengan bekerja sebagai pemandu van berpendapatan RM1,000 sebulan," katanya.
Berdasarkan fakta kes tertuduh membuat laporan polis dia diragut dua individu semasa sedang bermain video di telefon bimbitnya dan siasatan mendapati keterangan tertuduh meragukan selain mendapati begnya yang mengandungi dokumen penting sebenarnya telah hilang selepas tertinggal atas bonet kereta.
Tertuduh membuat laporan palsu itu kerana takut dikenakan denda oleh JPN atas kecuaiannya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
Gara-gara membuat laporan polis palsu berhubung kehilangan kad pengenalan yang kononnya diragut, seorang pemandu van didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang, hari ini. - Gambar hiasan
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Tiga pengawal keselamatan dihadap ke mahkamah kes curi RM200,000
Tiga pengawal sebuah syarikat kawalan keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas tuduhan mencuri wang tunai RM200,000.
Polis tahan 3 pengawal keselamatan sembunyi RM200,000, buat laporan konon dirompak
Tiga pengawal keselamatan ditahan selepas membuat laporan palsu kononnya mereka dirompak ketika membawa wang tunai RM200,000 menggunakan van keselamatan, pada Selasa.
Kes cubaan culik di Gerik tidak berlaku, 'mangsa' hanya bermimpi - Exco
Dakwaan seorang remaja perempuan kononnya dia nyaris diculik' di Kampung Padang, Gerik pada Selasa, hanya sekadar mimpi.
Tukang kebun buat laporan palsu disamun
Polis mengesan satu laporan palsu dibuat seorang tukang kebun yang mendakwa dirinya disamun oleh tiga lelaki di Genting Highlands, semalam.
Wanita dakwa kononnya diculik, mahu bermalam bersama-sama rakan - Polis
Polis mengesahkan laporan kejadian seorang wanita tempatan disyaki dilarikan individu tidak dikenali di kawasan Endau di Mersing adalah palsu.
Tiga ditahan berkait laporan palsu penemuan bayi
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita berhubung laporan palsu penemuan bayi perempuan yang baharu lahir dalam kejadian di Pekan Titi Serong, Parit Buntar.
Buat laporan palsu diragut, suri rumah didenda RM1,200
Mahkamah Majistret hari ini menjatuhi hukuman denda RM1,200 ke atas seorang suri rumah yang mengaku membuat laporan polis palsu bahawa dia telah diragut oleh dua individu.
Mesej tular dakwa Amerika Syarikat kenakan sekatan ke atas Malaysia adalah palsu - Fahmi
Mesej tular yang mendakwa Malaysia negara ASEAN pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat adalah palsu, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat
Reuters nafi mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat.
Ketua keselamatan kedai serbaneka didakwa buat laporan palsu
Seorang ketua keselamatan kedai serbaneka didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, Februari lepas.