awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu van nyaris maut, kenderaan dihimpit dan terperosok di bawah treler

Bernama
Bernama
07/10/2019
15:47 MYT
Pemandu van nyaris maut, kenderaan dihimpit dan terperosok di bawah treler
Pemandu van itu mengalami kecederaan pada kaki kanan kerana tersepit.
Seorang lelaki nyaris maut apabila van yang dipandunya dihimpit sebuah treler bermuatan asid nitrik hingga terperosok di bawahnya, dalam kemalangan di Jalan Pintasan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 petang itu, treler yang dipandu seorang lelaki berumur 39 tahun pada mulanya berada di lorong paling kiri jalan raya terbabit sebelum dia tiba-tiba hilang kawalan.
"Hasil keterangan pemandu treler itu, dia dalam perjalanan dari Pelabuhan Utara menuju ke Pelabuhan Barat dan berada di lorong paling kiri jalan raya berkenaan sebelum hilang kawalan lalu menghimpit sebuah van dipandu lelaki berumur 25 tahun yang berada di lorong paling kanan.
"Kejadian itu menyebabkan van terbabit terperosok di bawah treler berkenaan. Pemandu van itu mengalami kecederaan pada kaki kanan kerana tersepit. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata pemandu van yang tersepit itu dikeluarkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, gambar-gambar kes kemalangan terbabit tular di media sosial memaparkan van berkenaan kelihatan 'leper' akibat dihimpit treler berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan
#Jalan Pintasan Pelabuhan Utara
#kemalangan
#nyaris maut
#Pelabuhan Klang
#Polis Daerah Klang Selatan
#treler bermuatan asid nitrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan