awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemangku Raja Pahang kesal dan dukacita, mahu kes buli segera ditangani

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2021
07:52 MYT
Pemangku Raja Pahang kesal dan dukacita, mahu kes buli segera ditangani
Tengku Hassanal juga meminta pentadbir sekolah lebih kerap mengadakan program-program berbentuk kesedaran, keagamaan dan pendidikan sivik. - Bernama
PEKAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kejadian buli mesti segera ditangani oleh pihak berkaitan serta memastikan persekitaran sekolah adalah selamat.
Baginda turut menzahirkan rasa kesal dan dukacita dengan beberapa kejadian buli seperti yang dilaporkan berlaku di Pahang baru-baru ini.
Baginda juga bertitah, agar ibu bapa juga perlu sentiasa memberikan ingatan dan nasihat kepada anak-anak supaya tidak terlibat dengan aktiviti membuli seperti yang didakwa berlaku di daerah Rompin, Maran dan Lipis.
Tengku Hassanal juga meminta pentadbir sekolah lebih kerap mengadakan program-program berbentuk kesedaran, keagamaan dan pendidikan sivik bertujuan menerapkan nilai-nilai positif dalam diri setiap pelajar.
"Pentadbir sekolah perlu kerap mengadakan program program kesedaran, keagamaan, dan pendidikan sivik untuk menerapkan nilai positif dalam diri setiap pelajar," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-62 Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.
Semalam, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan polis menerima tiga laporan polis, antara 6 dan 10 Disember lepas, daripada mangsa buli yang mendakwa dipukul pelajar senior atas pelbagai alasan sehingga mengalami lebam dan bengkak.
Sehingga kini polis Pahang mengesahkan belum melakukan sebarang tangkapan berkait kes buli tersebut dan siasatan kesemua kes tersebut masih lagi berjalan.
Topic Berkaitan
#Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
#kes buli
#kesedaran sivik
#tindakan segera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan