Persatuan Melayu Perlis (Pemanis) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.
Pengerusinya, Datuk Mohd Zain Hamzah berkata ketegasan kerajaan menangani isu itu turut menggambarkan pendirian kerajaan dalam mempertahankan institusi Raja.
"Telah banyak kes membabitkan orang bukan Melayu selain segelintir orang Melayu sendiri menghina institusi Raja. Jika kerajaan tidak tegas menghukum pihak-pihak terbabit, saya bimbang perkembangan tidak sihat ini sukar disekat.
"Kita boleh mencontohi Thailand yang mengambil tindakan tegas terhadap penghina Raja mereka," kata Mohd Zain kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau mengulas perbuatan seorang lelaki yang menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam laman Facebook baru-baru ini.
"Kalau bangsa Melayu sendiri tidak mampu memartabatkan kesultanan Raja-Raja mereka, siapa lagi yang boleh diharapkan," kata Mohd Zain.
Beliau mencadangkan Kementerian Pendidikan memikirkan sukatan pelajaran bermula peringkat sekolah rendah untuk mendidik rakyat mengenali dan memahami kepentingan institusi Raja Melayu di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2016
MOHD ZAIN: Kalau bangsa Melayu sendiri tidak mampu memartabatkan kesultanan Raja-Raja mereka, siapa lagi yang boleh diharapkan.
PKR rai ulang tahun 25 tahun dengan penganjuran karnival 11 Mei ini - Nurul Izzah
PKR akan meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan menganjurkan satu karnival terbuka di Sentul Depot, Kuala Lumpur 11 Mei ini.
Syed Hamid Albar letak jawatan sebagai Pengerusi Yayasan WIEF
Syed Hamid Albar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), berkuat kuasa 30 April.
AWANI Tonight: Microsoft to invest RM10.5 bil in cloud, AI services
Microsoft has pledged RM10.5 billion investment in artificial intelligence (AI) and cloud computing to help develop Malaysia’s AI infrastructure.
AWANI Tonight: UCLA pro-Palestine students in standoff with police
Hundreds of police officers made their way to the UCLA campus, warning pro-Palestinian demonstrators that they would be arrested for unlawful assembly if they did not leave.
AWANI Tonight: Building smart homes, innovating customer experiences
Around 500 to 700 million LG products are in use worldwide, many of which contain AI sensors to learn and analyse users' lifestyles. Astro AWANI correspondent Faye Kwan reports on how the firm makes use of its access to this wealth of data.
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Hentikan boikot KK Mart - Mufti Perak
Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh menasihatkan umat Islam agar menghentikan tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di salah satu cawangan kedai serbaneka itu.
[INFOGRAFIK] Indeks Kebebasan Media Dunia 2024
[INFOGRAFIK] Indeks Kebebasan Media Dunia 2024
Petugas haji termasuk 14 wakil media selamat tiba di Madinah
Seramai 150 petugas haji termasuk 14 wakil media bagi musim haji 1445 Hijrah/2024M selamat tiba di Madinah sekitar pukul 2.45 pagi waktu tempatan (7.45 pagi waktu Malaysia).
12 individu ditahan terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs, kerugian lebih RM11 juta
Dua belas individu ditahan kerana disyaki terlibat penipuan pelaburan Goldman Sachs di tujuh negeri melibatkan kerugian melebihi RM11 juta.
Polis siasat individu hina institusi raja, kerajaan
Lelaki dikenali sebagai Ganesparan a/l Nadaraja, 38, beralamat terakhir di P-1-5 RH Pangsa Flat MPS Jalan Tan Sri Manickavasagam, Seremban, Negeri Sembilan.
Akta Hasutan: PDRM bertindak atas peruntukan sedia ada
Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa mengambil langkah berlandaskan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan keselamatan negara terancam.
Jangan ambil mudah institusi raja - Titah Agong
Rakyat diminta tidak mengambil mudah dan diperbuat sesuka hati institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong dalam amalan Raja Berperlembagaan.
Hormati sensitiviti sebelum keluarkan kenyataan terbuka - TPM
Beliau berkata walaupun Malaysia mengamalkan konsep kebebasan bersuara, namun ada sesetengah perkara yang perlu ditapis demi memastikan keamanan negara sedia ada sentiasa terpelihara.
Sultan Selangor amat dukacita tindakan orang Melayu hasut rakyat benci Raja
Titah baginda, paling mendukacitakan adalah apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.
NGO buat laporan polis, dakwa artikel Kadir Jasin menghina raja
Laporan itu dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut susulan kenyataan Kadir yang dikatakan mengandungi hasutan dan menghina institusi Raja-Raja Melayu.
Pemanis gesa tindakan tegas terhadap pihak yang menghina institusi raja
Persatuan Melayu Perlis (Pemanis) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang menghina institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.
Perkenalkan subjek institusi raja-raja di sekolah dan universiti - Rais
Mata pelajaran mengenai institusi raja-raja perlu diperkenalkan di peringkat sekolah hingga ke universiti bagi mendidik pelajar mengetahui peranan serta menghormati institusi itu, kata Rais Yatim.