SUNGAI BULOH: Kerja pemasangan peti pembekal voltan rendah atau 'feeder pillar' baharu yang membekalkan tenaga elektrik pada lampu di sepanjang 4 kilometer (km) Jalan Kepong-Kuala Selangor (FT54) akan bermula Jun ini dan dijangka siap dalam tempoh 16 minggu.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam bagi mengelakkan perbuatan vandalisme, seperti kecurian kabel dan komponen alat itu berulang kembali.
"... saya difahamkan (vandalisme kecurian) telah berlaku empat kali dalam dua tahun ini, dan yang terbaharu ini ia berlaku tahun lepas. Kita (akan) bina (dan) kebalkan lagi kotak besi dan berkunci, ini (kerana) walaupun ada pagar (sebelum ini) agak mudah untuk mereka rosakkan dan mereka boleh masuk dan curi.
"(Masalah lampu jalan tidak berfungsi berlaku) sepanjang 4km (melibatkan) dalam 200 lampu (jalan) dan satu lampu isyarat. (Apabila) lampu isyarat pun terkesan juga, itu yang bahaya," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di lokasi berkenaan, semalam.
Nanta berkata Polis Diraja Malaysia juga akan membuat pemantauan di kawasan tersebut dengan lebih kerap selepas ini selain akan mempertimbangkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) sekiranya diperlukan pada masa akan datang.
Bagaimanapun, beliau berharap masyarakat dapat turut memainkan peranan dengan melaporkan kegiatan mencurigakan kepada pihak berkuasa sebagai langkah menjaga harta awam demi faedah dan kebaikan bersama.
Sementara itu, KKR dalam kenyataan memaklumkan permasalahan lampu jalan tidak berfungsi di Jalan Kepong-Kuala Selangor (FT54) telah berlaku sejak Ogos 2023 yang berpunca daripada kecurian kabel dan komponen feeder pillar, dengan satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Petaling.
Menurut kenyataan itu, peruntukan sebanyak RM500,000 telah diluluskan pada Februari lepas melibatkan RM150,000 bagi kos penyenggaraan rumput untuk membersihkan semak dan cadangan pemasangan feeder pillar baharu dengan ciri antivandalisme seperti pemasangan barrel lock, sangkar berkunci dan lampu.
Selain itu, sebanyak RM300,000 diperuntukkan bagi kos pembaikan kabel bawah tanah dan komponen lampu jalan jenis SON (sedia ada) yang rosak sepanjang KM31 hingga KM48 manakala RM50,000 lagi untuk kos pembaikan sistem lampu isyarat berhampiran stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Sungai Buloh yang turut terkesan.
"Untuk makluman, KKR telah membelanjakan peruntukan sebanyak RM100,000 bagi kerja-kerja penyenggaraan feeder pillar dan kabel di lokasi ini pada 2023. Kerja senggaraan ini telah disiapkan sepenuhnya oleh JKR pada 8 Mei 2023.
"Malangnya, kes vandalisme telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tiga bulan setelah kerja penyenggaraan itu," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Nanta (tiga, kiri) melihat kotak 'feeder pillar' yang rosak ketika membuat tinjauan ke lokasi kerosakan lampu jalan di Jalan Sungai Buloh-Kepong, Kuala Lumpur, 15 Mei 2024. -- fotoBERNAMA
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
'Jangan tunggu viral' - JKR, syarikat konsesi diarah tingkat rondaan kenal pasti kerosakan jalan
JKR dan syarikat konsesi yang mengendalikan penyenggaraan jalan raya diingatkan meningkatkan frekuensi rondaan di jalan-jalan seliaan masing-masing.
NoFloods berpotensi jadi produk tebatan banjir yang berkesan - Nanta
Produk sepanjang 300 meter itu mula dipasang di Seksyen 6.30 Jalan Persekutuan FT189 di Jerteh dari 1 Okt lepas hingga 31 Mac 2025.
PKMM digesa supaya lebih responsif dengan sebarang perubahan - Nanta
Perkara ini penting bagi membolehkan kontraktor Bumiputera turut serta sebaik CPTPP dilaksanakan.
Nanta luah rasa simpati kepada penduduk terkesan banjir di Kapit
Nanta meluahkan rasa simpati terhadap penduduk di Rumah Dennis Langok, Amang Ulu yang terkesan teruk akibat bencana banjir pagi ini.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Tanpa media, kegigihan kerajaan bantu rakyat sukar disebar luas - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk menjalin hubungan yang erat bersama pengamal media dalam usaha menyampaikan berita sahih kepada rakyat.
Projek sekolah perlu siap dalam tempoh, harga ditetapkan - Nanta
Beliau berkata dalam konteks Sarawak, kontraktor yang dipilih bagi projek sedemikian telah menunjukkan prestasi memberangsangkan setakat ini.
Tragedi 'water rafting': Nanta ucap takziah kepada keluarga tiga staf JKR lemas
Menurut Nanta, berita mengenai kejadian tersebut amat menyedihkan bagi pihak Kementerian Kerja Raya terutamanya Jabatan Kerja Raya.