awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemasangan panel solar di kediaman catat trend peningkatan

Bernama
Bernama
14/02/2024
21:15 MYT
Pemasangan panel solar di kediaman catat trend peningkatan
Inisiatif pemasangan panel solar di kawasan kediaman di seluruh negara ketika ini menunjukkan trend peningkatan. - Foto fail/Astro AWANI
SEPANG: Inisiatif pemasangan panel solar di kawasan kediaman di seluruh negara ketika ini menunjukkan trend peningkatan, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata trend positif itu membuatkan kerajaan membuka kuota permohonan untuk pemilik kediaman memasang panel solar di kediaman masing-masing tahun ini melalui Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata program NEM diteruskan dengan tawaran kuota tambahan sebanyak 100 megawatt (MW) untuk NEM Rakyat dan 300 MW untuk NEM NOVA, sebagai insiatif pelaksanaan program Tenaga Bersih Bersepadu bagi tahun ini.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata tempoh tawaran kuota itu ditetapkan hingga Disember 2024 atau hingga kuota habis diagihkan atau yang mana dahulu, dan permohonan boleh dibuat bermula 5 Feb lepas melalui sistem eNEM di laman sesawang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), www.seda.gov.my.
Program NEM akan membolehkan sekurang-kurangnya 25,000 pengguna elektrik domestik dan 100 pengguna kategori komersial dan industri memanfaatkan ruang bumbung di premis bangunan masing-masing untuk penjanaan bekalan elektrik bagi kegunaan sendiri melalui pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV).
"Kita sambut baik industri seperti perhotelan untuk mengorak langkah bagi memastikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di premis mereka.
"Ia juga jadi satu simbolik bahawa apabila kita mencari peluang atau buka ruang industri perhotelan guna pakai sistem solar ia akan beri peluang lebih besar selepas ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#panel solar
#Akmal Nasrullah Mohd Nasir
#kediaman
#rogram Pemeteran Tenaga Bersih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan