Kewujudan kluster baharu COVID-19 bukan berpunca daripada kegagalan pematuhan garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) oleh majikan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebaliknya menjelaskan, ia berpunca daripada pematuhan majikan yang membawa pekerja mereka menjalani saringan sebelum dibenarkan bertugas.
“Tapak binaan sebagai contoh, (wujud kluster baharu) bukan kerana mereka tidak patuh SOP. Sebenarnya mereka patuh SOP.
"Apabila mereka bawa pekerja binaan untuk jalani ujian saringan sebelum dibenarkan bekerja... memang didapati ada yang positif, jadi bukan berlaku di sewaktu mereka bekerja.
"Jadi, syarikat pembinaan itu sebenarnya mematuhi SOP untuk saring pekerja mereka sebelum dibenarkan bekerja. Jadi tidak ada isu yang gagal mematuhi SOP,” jelasnya pada sidang media harian di sini pada Isnin.
Ismail yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan akan terus memberikan tumpuan kepada usaha mengekang penularan jangkitan di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan melakukan saringan secara menyeluruh.
Selain itu, katanya, premis perniagaan atau kawasan penduduk berdasarkan lokaliti yang mencatatkan peningkatan kes baharu COVID-19 akan ditutup.
"Ini seperti apa yang kita buat terhadap pusat beli belah di Cheras tempoh hari, bagi memberi laluan operasi nyah cemar dan saringan untuk dilakukan.
"Ia berbeza dengan kaedah lama apabila kita tutup kawasan yang lebih besar sekiranya mendapati wujud peningkatan kes atau kluster COVID-19," katanya.