awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
19/07/2020
11:05 MYT
Pembaharuan Utusan Malaysia perlu seiring keperluan semasa - Penganalisis
Sivamurugan berkata, perkara tersebut penting bagi memastikan akhbar tersebut boleh diterima sekali gus menjadi media pilihan golongan muda. - Foto file
Penerbitan semula akhbar Bahasa Melayu, Utusan Malaysia perlu menekankan aspek pembaharuan seiring dengan keperluan semasa khususnya kehendak semua lapisan pembaca.
Profesor Sosiologi Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, tiga aspek penting yang diperlu digarapkan akhbar berkenaan adalah akses yang mudah, kandungan tepat dan interaksi terhadap pendekatan baharu.
Katanya, perkara tersebut penting bagi memastikan akhbar tersebut boleh diterima sekali gus menjadi media pilihan golongan muda.
"Saya percaya ketiga-tiga elemen ini akan membolehkan generasi muda memahami pentingnya bahan cetakan meskipun ia mungkin disalurkan dalam bentuk baharu dengan wujudkan industri digital.
"Apatah lagi jika semua aspek itu diadun pastinya mampu menepati cita rasa khususnya golongan muda yang kurang memilih akhbar itu sebelum ini," katanya menerusi temu bual dalam Buletin AWANI di sini pada Ahad.
Selepas hampir sembilan bulan tidak diterbitkan, akhbar Utusan Malaysia akan membuat kemunculan semula esok dengan slogan 'Pemikiran Baharu'.
Dalam pada itu, Sivamurugam berkata, pembaharuan lain yang perlu ada pada Utusan Malaysia ialah dalam aspek nilai berita dan mempunyai kandungan yang konsisten, cepat dan tepat.
"Meskipun kaedah pendigitalan bakal digunakan Utusan Malaysia, tetapi itu tidak bermakna boleh isi kandungannya boleh dikompromi.
"Ini kerana, dalam konteks media perlu ada masej atau kandungan yang konsisten, cepat, tepat dan pasti dapat menarik balik kumpulan yang menanti kemunculan akhbar ini," jelasnya.
Topic Berkaitan
#ADUN
#akhbar
#Malaysia
#Media
#Melayu
#nilai
#politik
#Sains
#utusan malaysia
#utusan melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan