Masalah pembakaran terbuka di Johor semakin membimbangkan dan dikatakan antara penyumbang utama masalah jerebu yang semakin teruk.
Pontian merupakan daerah yang paling tinggi berlaku kebakaran terbuka dimana hampir 100 ekar kebun musnah dijilat api sejak Januari lalu.
Pegawai Bomba Kanan Satu, Balai Bomba Pontia Baru, Sunaidi Iman berkata masih terdapat ramai orang awam khususnya pemilik kebun yang masih tidak sensitif dan melakukan pembakaran terbuka sehingga merebak dan gagal dikawal.
Katanya, masalah bekalan air yang berkurangan selain cuaca kering dan faktor muka bumi juga menyukarkan usaha pihak bomba untuk memadamkan kebakaran.
"Masalah pembakaran terbuka biasanya buat pembakaran untuk pembersihan kebun ataupun sekadar untuk membakar membersihkan sampah.
"Kemudian apabila kebakaran tersebut merebak, biasanya baru mereka akan panggil pihak bomba… ikut keadaan sekarang, cuaca dengan tiada hujan lebih kurang sebulan lebih tiada hujan, memang serius lah sekarang.
"Kalau macam penempatan kebakaran tu dalam keadaan jalan susah pendalaman kita akan berulang mengambil air menggunakan jentera di pili air yang terdapat di luar. berkaitan punca air ataupun tali2 air yang ada biasanya kering," katanya selepas mengetuai operasi memadam kebakaran di kebun getah seluas lima ekar di Pontian Baru.
Mengulas lanjut Sunaidi berkata masalah kebakaran yang melanda daerah terbabit pada ketika ini dianggap luar biasa kerana ia berlaku bermula awal tahun sedangkan sebelum ini, kebakaran sering berlaku sekitar bulan Mac dan April.
Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai agar jangan memulakan pembakaran terutama di kawasan tanah gambut kerana bimbang ia akan melarat dan sukar dikawal.
Sementara itu, bagi memastikan krisis air tidak berlaku di Johor Syarikat Air Johor (SAJ) akan mengambil tindakan susulan jika cuaca kering berterusan dalam tempoh dua bulan akan datang.
Ketua esekutif JAS, Abdul Wahab Abdul Hamid berkata setakat ini berlaku penurunan paras air di beberapa empangan di negeri ini.
Antara yang mencatatkan penurunan ialah Empangan Congok di Mersing dan Empangan Sembrong Barat di Kluang.
Selain empangan, paras sungai juga mencatat penurunan, antaranya Sungai Sembrong di Kluang dan Sungai Sayong di Bandar Tenggara.
Katanya pihak SAJ sentiasa membuat pemantauan secara berterusan dan teliti bagi kawasan terjejas dengan mengambil langkah yang sewajarnya.
“Umpamanya di simpang renggam air telah jatuh di tahap loji tidak dapat beroperasi untuk mengatasi keadaan tersebut kita telah minta bantuan daripada JPS untuk membuka empangan Machap untuk menambah air di dalam sungai untuk tinggikan tahap air supaya loji dapat beroperasi seperti sedia kala,” katanya kepada Astro AWANI.
Abdul Wahab berkata loji-loji air yang mengambil air dari empangan masih berada pada tahap terkawal.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengambil perhatian mengenai isu tersebut.
SAJ mengawal selia 8 empangan yang membekalkan air selain 44 loji di seluruh negeri Johor.
Astro Awani
Wed Feb 12 2014
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Cuaca kering: Bekalan air di Empangan Timah Tasoh dihadkan untuk kegunaan domestik
Setakat semalam, bacaan aras takungan air yang direkodkan bagi empangan itu sebanyak RL26.90m, iaitu pada aras amaran dengan kapasiti takungan air semasa sekitar 38.5 peratus.
Cuaca panas, kering dijangka berkurang awal April
Keadaan cuaca panas dan kering yang dialami negara ketika ini dijangka mula berkurangan pada awal April.
Kashmir alami fasa musim sejuk paling teruk dalam sejarah
Industri pelancongan Kashmir yang lazimnya jadi tumpuan untuk aktiviti ski, kini terjejas, susulan kekurangan salji.
Kebimbangan mengenai El Nino pacu niaga hadapan MSM ditutup tinggi
Corak iklim El Nino yang dijangka menjadi kenyataan pada bulan-bulan mendatang, akan mempengaruhi pengeluaran MSM.
Kebakaran hutan di sempadan Perancis-Sepanyol
Kebakaran disebabkan oleh faktor cuaca kering yang berpanjangan di selatan Eropah.
'Cuaca lebih kering menjelang Ramadan'
Bagaimanapun, penyelidik meteorologi Dr Chung Jing Xiang berkata, cuaca hujan diramalkan akan kerap berlaku pada sebelah petang.
Fasa peralihan monsun babit ribut petir, hujan lebat berterusan hingga pertengahan Mei
Fasa peralihan monsun dijangka berterusan sehingga pertengahan Mei tahun ini dengan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang boleh berlaku khususnya pada petang dan awal malam.
FGV jangka catat prestasi baik pada suku kedua berikutan peningkatan FFB
Bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2020 kerugian bersih FGV meningkat kepada RM142.34 juta berbanding kerugian bersih RM3.37 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Monsun Barat Daya dijangka mula pada 18 Mei, hujan berkurangan
Taburan hujan di kebanyakan negeri dijangka berada pada paras purata kecuali negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak.
Kira-kira satu hektar hutan terbakar di Bukit Bendera
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 7 malam sebelum sebuah jentera ke lokasi kejadian.