awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Pahang lupus dadah bernilai lebih RM519,000

Bernama
Bernama
08/09/2025
13:30 MYT
Polis Pahang lupus dadah bernilai lebih RM519,000
Yahaya berkata pelupusan itu melibatkan 2,656 item meliputi 15 jenis dadah dan dilupuskan esok oleh syarikat kontraktor bertauliah di Bukit Tagar, Bestari Jaya, Selangor. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Polis Pahang melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai lebih RM519,000 hasil rampasan dari seluruh negeri sejak 2011 hingga tahun ini.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pelupusan itu melibatkan 2,656 item meliputi 15 jenis dadah dan dilupuskan esok oleh syarikat kontraktor bertauliah di Bukit Tagar, Bestari Jaya, Selangor.
Antara dadah terlibat ialah heroin seberat 3.35 kilogram (kg), methamphetamine (1.70kg) kanabis (727.23 gram), ketamin (71.12 gram), nimetazepam (72.56 gram), yaba (200.1 gram) dan ekstasi (171.9 gram).
"Pelupusan dilaksanakan selepas menerima perintah mahkamah berhubung kes selesai prosiding dan tamat tempoh rayuan bagi hukuman dikenakan kepada pesalah terbabit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.
Yahaya memaklumkan dari Januari hingga Ogos tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang telah melakukan 9,365 tangkapan melibatkan 8,252 kes.
"Sebanyak 144 operasi dilaksanakan dalam tempoh berkenaan bagi melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di seluruh negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketamin
#JSJN
#syarikat kontraktor
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan