UMNO Terengganu mendakwa adanya usaha pihak pembangkang untuk cuba memancing beberapa tokoh dalam UMNO negeri itu menjadi calon mereka pada Pilihanraya Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pemuda UMNO Terengganu Johari Abu Bakar kepada Astro AWANI.

Menurut beliau kalangan yang didekati pembangkang termasuk bekas wakil rakyat, dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pernah menjadi calon UMNO.

Tindakan ini jelas Johari menunjukkan pembangkang ketandusan tokoh untuk ditampilkan dalam PRU-14 nanti.

"Situasi politik semasa di Terengganu hampir tidak ada langsung isu yang membabitkan kerajaan negeri. Justeru rakyat mampu menilai dan menjalani kehidupan yang amat selesa ketika ini selepas apa yang kerajaan negeri telah laksanakan,

"Mungkin disebabkan itu pihak Pakatan Harapan gagal mencari kelemahan dan tidak mampu mengenal pasti calon terbaik di kalangan mereka yang mampu menandingi kita," kata Johari.

Menurut Johari, pihaknya akan terus memantau perkembangan ini.

Beliau juga berharap semua ahli beristiqamah dan setiap terhadap parti.

Mereka juga dinasihat supaya tidak terpedaya dengan tawaran yang diberikan oleh pembangkang.