awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan infrastruktur pendaratan tuna harus dikaji semula - Ronald Kiandee

Bernama
Bernama
22/11/2021
06:21 MYT
Pembangunan infrastruktur pendaratan tuna harus dikaji semula - Ronald Kiandee
Ronald Kiandee (tengah) ketika melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi 2021-2030 di Labuan hari ini. - Bernama
LABUAN: Pembangunan infrastruktur pendaratan tuna harus dikaji semula bagi membantu meningkatkan jumlah pendaratan ikan tuna negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee.
Beliau berkata, kebanyakan infrastruktur pendaratan tuna di seluruh negara telah berusia 20 tahun sejak pelan strategik pembangunan industri tuna pertama dilancarkan dan seharusnya disesuaikan dengan cabaran dan pertumbuhan industri tuna masa kini.
"Fasiliti pendaratan tuna yang diwujudkan 20 tahun lepas perlu dilihat semula untuk penambahbaikan sesuai dengan prestasi pendaratan tuna dan kehendak pemain industri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tuna Laut China Selatan, Laut Sulu dan Laut Sulawesi 2021-2030 di sini hari ini.
Ronald berkata kerajaan memerlukan penglibatan aktif pemain industri dalam memajukan industri tuna negara yang berpotensi tinggi menjana ekonomi Malaysia.
Dalam pada itu, beliau berkata negara masih berhadapan dengan ancaman seperti pencerobohan dan penangkapan ikan secara haram oleh nelayan asing.
"Inilah antara cabaran kepada industri tuna negara yang perlu ditangani secara berkesan, itulah sebabnya kita perlu ada protokol dan sudah tentu sekali penguatkuasaan ke atas aktiviti haram ini harus dilaksanakan secara berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Infrastruktur
#pendaratan tuna
#Ronald Kiandee
#pelan pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan