Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) yang menjadi aset penting UDA Holdings Bhd sejak lebih tiga dekad lalu bakal melalui proses pembangunan semula bagi memberi laluan kepada pembangunan stesen MY Rapid Transit (MRT) di kawasan itu.
Namun, tindakan tersebut telah menimbulkan keresahan para peniaga di premis itu yang mengatakan perniagaan mereka telah terjejas sebanyak 80 peratus akibat pelaksanaan projek tersebut.
Lebih membebankan lagi, para peniaga itu terpaksa melangsaikan sewa bulanan penuh kepada UDA Holding meskipun berhadapan dengan kerugian.
Perkara itu telah menyebabkan 20 peniaga terpaksa ‘gulung tikar’ serta empat yang lain diheret ke mahkamah disebabkan sewa yang tertunggak.
Menurut Pengerusi Persatuan Penyewa BB Plaza, Hassan Said, jumlah sewa yang tertunggak itu bukanlah terlalu tinggi iaitu sekitar dua hingga tiga bulan sahaja.
Kata Hassan, pada tahun lalu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di bawah Datuk Seri Ismail Sabri telah pun mengadakan mesyuarat dengan pihaknya.
Antara perbincangan mesyuarat tersebut yang sertai oleh UDA Holdings, MRT, Tradewind, KPDNKK dan juga Persatuan Penyewa BB Plaza termasuk bayaran pampasan, diskaun sewa serta keutamaan sewaan kepada kepada para peniaga sedia ada.
“Tetapi, cukup setahun UDA bagi tekanan mengatakan diskaun itu tidak munasabah, meskipun perniagaan sudah terjejas 80 peratus. Kami juga minta UDA turunkan lagi (sewa) tetapi mereka membisu,” kata Hassan ketika dihubungi Astro Awani.
Beliau turut meluahkan rasa resah dan risau dengan tindakan yang dilakukan UDA Holdings.
Katanya, peniaga yang tidak membayar sewa bulanan kepada UDA Holding akan dikenakan tindakan mahkamah.
“Kita pun dah tak tahu apa hendak lakukan… kami sudah hantar surat kepada Perdana Menteri, namun tiada respon,” kata Hassan lagi.
Walaubagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu tidak sampai kepada pengetahuan Perdana Menteri.
“Mustahil jika PM tahu, dia tidak bantu… saya anggap perkembangan ini tidak sampai ke pengetahuan PM. Yang boleh bantu ialah PM sahaja,” kata beliau yang masih berharap.
Mengimbas kembali, Hassan memberitahu pihaknya telah membuat bantahan pada Julai tahun lepas setelah projek itu diumumkan.
Menurutnya, tindakan itu bukanlah untuk membantah projek MRT tersebut tetapi kerana perkara tidak dimaklumkan kepada mereka.
“Bantahan tersebut lebih kepada bantahan tentang kedudukan (para peniaga) dan ke mana hala tujuan kami,” katanya lagi.
Sementara itu, Hassan juga memaklumkan pihaknya telah diberikan tempoh tujuh hari bagi menandatangani perjanjian penyewaan di mana tarikh ahirnya pada Rabu, 12 Jun 2013.
Namun, pihak Persatuan Penyewa BB Plaza enggan mendatanganinya kerana mereka mendakwa perjanjian tersebut tidak memihak kepada mereka.
Menurutnya, antara sebab keengganan mereka ialah kontrak penyewaan boleh ditamatkan oleh UDA pada bila-bila masa tanpa pampasan.
"Kami minta kalau tamatkan penyewaan biarlah diberikan sebab-sebab serta pampasannya sekali," tambah Hassan
Dalam projek yang dijangkakan bernilai antara RM700 juta hingga RM800 juta itu, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) juga dilaporkan sedang berbincang dengan UDA bagi menyertai kerjasama membangun semula BB Plaza.
UDA juga dilaporkan akan membelanjakan RM400 juta hingga RM500 juta untuk kerjasama tersebut.
Terbaru, UDA Holdings sedang berunding dengan beberapa pihak termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) bagi menyertai projek pembangunan semula BB Plaza.
Menurut pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed, pihak-pihak tersebut telah pun menunjukkan minat dalam menyertai projek tersebut.
Astro AWANI akan mendapatkan perkembangan terkini berkenaan isu ini menerusi talian telefon untuk Buletin AWANI pukul 9 pagi hari ini dan liputan secara langsung dari BB Plaza pada pukul 12 tengahari.
Haider Yutim
Mon Jun 10 2013
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Perdana Menteri, dengarlah rintihan penyewa bumiputera di sini - Peniaga Plaza BB
Notis UDA Holdings Bhd (UDA) kepada semua penyewa di Plaza Bukit Bintang (Plaza BB) untuk keluar sebelum akhir tahun ini benar-benar mengejutkan semua peniaga di situ.
Pembangunan semula BB Plaza: 20 peniaga gulung tikar
Tindakan pembangunan semula BB Plaza serta tuntutan sewaan bulanan oleh UDA Holdings telah menimbulkan keresahan para peniaga di premis tersebut.