awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu farmasi didakwa bunuh adik sendiri

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/11/2023
03:40 MYT
Pembantu farmasi didakwa bunuh adik sendiri
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Sungai Petani. - Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang pembantu farmasi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas pertuduhan membunuh adik kandungnya di rumah sewa mereka di Bandar Puteri Jaya, baru-baru ini.
Tiada pengakuan direkodkan tertuduh, Nur Syuhaidah Mohd Sani, 36, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Mengikut pertuduhan, Nur Syuhaidah didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian adiknya, Nur Fatin Mohd Sani, 29, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) pembelajaran.
Kesalahan itu didakwa dilakukan olehnya pada 6 November 2023 jam lebih kurang pukul 5.30 petang sehingga 20 November 2023 jam lebih kurang 11.30 pagi di sebuah rumah di Residensi PRIMA, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.
Tertuduh yang merupakan anak kedua daripada lima beradik di dakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum gantung hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Amirul Halimi Md Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Bagaimana pun pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.
Mahkamah kemudian menetapkan 31 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat.
Topic Berkaitan
#bunuh adik
#OKU
#Nur Syuhaidah Mohd Sani
#Mahkamah Majistret Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan