awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/07/2021
09:53 MYT
Pembantu kedai makan maut dirempuh kereta
Seorang pembantu kedai makan maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Batas Ubi dekat Yan, kira-kira jam 8.10 pagi Khamis. - Foto ihsan PDRM
YAN: Seorang pembantu kedai makan maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Batas Ubi dekat Yan, kira-kira jam 8.10 pagi Khamis.
Mangsa, Siti Nurbayah Johari, 52 tahun maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kereta Proton Saga berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari Yan menghala ke Guar Chempedak.
"Namun sebaik tiba di lokasi kejadian tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal, keluar dari sebelah kanan simpang menyebabkan pemandu kereta itu tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal mangsa.
"Akibat rempuhan itu, kereta itu berpusing lalu terbalik manakala penunggang motosikal itu tercampak di atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Shahnaz berkata, pemandu kereta itu hanya mengalami cedera ringan manakala penunggang motosikal itu maut di tempat kejadian.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#rempuh
#pembantu kedai makan
#Jalan Batas Ubi
#Yan
#Siti Nurbayah Johari
#Guar Cempedak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan