awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000

Bernama
Bernama
19/04/2024
08:58 MYT
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal (tengah) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah harta syarikat melibatkan kerugian lebih RM200,000 tahun lepas. -Bernama
BUTTERWORTH: Seorang pembantu kedai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah harta syarikat melibatkan kerugian lebih RM200,000 tahun lepas.
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Menurut kertas pertuduhan, Mohamad Rizal yang ketika itu merupakan pengurus kedai, secara curangnya telah menggunakan wang syarikat berjumlah RM204,603.60 yang diamanahkan kepada beliau untuk kepentingan sendiri.
Kesalahan itu didakwa berlaku di 7-Eleven Jalan Bagan Ajam di sini, 3.40 petang pada 23 Jun, 2023.
Kes dikemukakan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 14 tahun, sebatan dan boleh juga dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Qatrin Nada Harun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mei ini untuk lantikan peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembantu kedai
#pecah amanah harta syarikat
#Mohamad Rizal Zainal Abiddin
#pengurus kedai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan