awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu khidmat am dikhuatiri lemas ketika memancing di Mersing

Bernama
Bernama
22/12/2025
15:24 MYT
Pembantu khidmat am dikhuatiri lemas ketika memancing di Mersing
Seorang pembantu khidmat am dikhuatiri lemas ketika memancing bersama dua saudaranya, selepas bot dinaiki mereka terbalik di Loji Air Felda Nitar 2 petang tadi. - Foto Sinar Harian
MERSING: Seorang pembantu khidmat am dikhuatiri lemas ketika memancing bersama dua saudaranya, selepas bot dinaiki mereka terbalik di Loji Air Felda Nitar 2 di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing Penolong Penguasa Bomba Abdul Muiz Mukhtar berkata lokasi Mohammad Putera Rizzurin Md Noh, 36, dilaporkan hilang kira-kira tujuh kilometer dari jeti loji berkenaan.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada 5.43 petang, sebelum sebuah Fire Rescue Tender(FRT), Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS), Navara dan Hilux dengan kekuatan 16 anggota dari BBP Mersing serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Kluang digegaskan ke lokasi kejadian.
"Jumlah mangsa terlibat tiga orang, bagaimanapun dua daripada mereka yang berusia 29 dan 36 tahun berjaya menyelamatkan diri.
"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian bertindak melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta menjalankan pemantauan di kawasan kejadian bagi mengesan petugas Sekolah Kebangsaan LKTP Nitar 2 itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Muiz berkata operasi SAR masih diteruskan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembantu khidmat am
#dikhuatiri lemas
#bot terbalik
#Loji Air Felda Nitar 2
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan