awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu ladang ditahan rogol tiga beradik umur 7 hingga 12

Radhi Muslim
Radhi Muslim
15/10/2019
12:21 MYT
Pembantu ladang ditahan rogol tiga beradik umur 7 hingga 12
Suspek berumur 24 tahun itu dilaporkan merogol mangsa yang juga tiga beradik berumur tujuh hingga 12 tahun sejak akhir tahun lalu.
Seorang lelaki Indonesia diberkas polis pada 10 Oktober lalu, di sebuah ladang kampung, di Telupid, Beluran, selepas merogol tiga kanak-kanak perempuan.
Suspek berumur 24 tahun itu dilaporkan merogol mangsa yang juga tiga beradik berumur tujuh hingga 12 tahun sejak akhir tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, salah seorang mangsa yang sudah tidak tahan dengan perbuatan suspek, mengadu kepada ibu saudara mereka.
“Ibu saudara mangsa kemudiannya bertanya kepada dua lagi mangsa dan mereka turut menceritakan suspek melakukan perkara sama ke atas mereka.
“Susulan itu, ibu saudara mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Telupid pada 8 Oktober dan suspek kemudiannya dicekup.
“Siasatan lanjut mendapati, suspek merupakan pekerja keluarga mangsa sejak setahun lalu dan tinggal di rumah keluarga terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.
Menurutnhya, suspek kini direman sehingga 17 Oktober dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Topic Berkaitan
#Balai Polis Telupid
#kanak-kanak perempuan
#lelaki indonesia
#pembantu ladang
#Polis Daerah Beluran
#rogol tiga beradik
#Seksyen 376 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan