awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu perubatan, pesakit cedera ambulans terbalik

Sinar Harian
Sinar Harian
21/05/2021
23:30 MYT
Pembantu perubatan, pesakit cedera ambulans terbalik
Seorang pembantu perubatan patah tangan manakala seorang pesakit cedera dalam nahas di hadapan Perumahan Kastam, Jalan Bakri Batu 4 pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
MUAR: Seorang pembantu perubatan patah tangan manakala seorang pesakit cedera selepas ambulans dinaiki mereka terlibat kemalangan di hadapan Perumahan Kastam, Jalan Bakri Batu 4 di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian pada jam 12.20 tengah hari, ambulans tersebut terbabas dan hilang kawalan sebelum terbalik atas longkang di jalan itu.
Selain pembantu perubatan tersebut, seorang pesakit wanita, 35, cedera di muka manakala pemandu ambulans, 40-an dan seorang wanita warga emas, 72, terselamat.
Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.
Komander Operasinya, Penguasa Bomba Kanab II Zuraimi Harun berkata, orang awam sudah mengeluarkan semua mangsa dalam ambulans jenis Toyota Hiace tersebut sejurus pihaknya tiba.
"Pihak bomba bertindak menghantar seorang mangsa menaiki jentera EMRS BBP Muar manakala tiga mangsa lagi dihantar menaiki ambulans ke hospital berhampiran.
"Operasi tamat pada jam 12.40 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Artikel asal di SInar Harian: Pembantu perubatan, pesakit cedera ambulans terbalik
Topic Berkaitan
#ambulans terbalik
#atas longkang
#BBP Muar
#LFRT
#EMRS
#pembantu perubatan
#patah tangan
#Zuraimi Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan