awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu pusat jagaan ditahan disyaki bunuh pesakit mental

Bernama
Bernama
29/12/2022
16:09 MYT
Pembantu pusat jagaan ditahan disyaki bunuh pesakit mental
Lelaki berusia 33 tahun yang merupakan pembantu pusat jagaan berkenaan ditahan pada Selasa. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes kematian penghuni sebuah pusat jagaan pesakit mental di Bukit Beruntung, Hulu Selangor pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata lelaki berusia 33 tahun yang merupakan pembantu pusat jagaan berkenaan ditahan pada 1 pagi.
Menurutnya, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan pada Ahad lepas daripada pekerja pusat jagaan berkenaan bahawa seorang lelaki berusia 52 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di biliknya dalam pusat jagaan itu.
"Mangsa yang merupakan pesakit mental dan penghuni pusat jagaan itu diperiksa oleh pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Rasa sebelum disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
"Hasil bedah siasat mendapati ada kesan cedera dan lebam pada kaki dan tangan dipercayai akibat objek tumpul," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suffian berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan negatif dadah serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Katanya, lelaki terbabit direman tujuh hari sehingga 2 Jan 2023 dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pusat jagaan pesakit mental
#pembantu pusat jagaan
#Bukit Beruntung
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan