PUTRAJAYA: Malaysia dan Indonesia telah bersetuju mengadakan satu Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal peringkat pegawai-pegawai bagi mencapai kesepakatan untuk memuktamadkan memorandum persefahaman (MOU) pengambilan dan perlindungan pekhidmat domestik Indonesia (PDI) di Malaysia dengan segera.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata kata sepakat itu dibuat di akhir perbincangan antara kedua-kedua negara yang diadakan secara maya semalam bagi memuktamadkan MOU PDI di Malaysia.
"Ini menunjukkan komitmen kerajaan menerusi KSM yang prihatin dengan keperluan mendesak masyarakat agar isu pembantu rumah dapat ditangani dengan secepat mungkin," kata KSM dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Perbincangan semalam disertai wakil KSM dan Kementerian Luar Negeri bagi pihak kerajaan Malaysia manakala kerajaan Indonesia diwakili Kementerian Ketenagakerjaan, Kementerian Luar Negeri dan Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia.
KSM berkata perbincangan awal itu adalah susulan daripada lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jakarta pada awal Februari lepas, dengan Presiden Indonesia Joko Widodo memohon untuk dipercepatkan pemeteraian MOU PDI selepas Malaysia menyatakan komitmen untuk meneruskan pengambilan PDI di Malaysia.
MOU itu telah ditandatangani buat pertama kalinya pada 13 Mei 2006 di Bali dan susulan daripada itu, Protokol Meminda MoU PDI telah ditandatangani pada 31 Mei 2011 di Bandung yang telah tamat pada 30 Mei 2016.
KSM berkata antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan 'one channel system', konsep 'one maid one task', gaji pekhidmat domestik dan hal-hal kebajikan serta perlindungan pekerja migran Indonesia di negara ini.
Katanya konsep 'one channel system' diberikan penekanan bagi memastikan saluran kemasukan pekhidmat domestik Indonesia secara teratur dan lebih telus dari Indonesia terutama dari aspek gaji dan pemeriksaan kesihatan.
Malaysia dan Indonesia secara dasarnya bersetuju untuk melaksanakan integrasi sistem sedia ada di kedua-dua negara bagi melaksanakan 'one channel system'.
Malaysia turut mengemukakan cadangan balas berhubung isu 'one maid one task', dengan mengetengahkan aspek mengenai bilangan isi rumah, contohnya enam orang ahli isi rumah bagi satu PDI.
Cadangan itu dikemukakan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan semasa perbincangan secara maya dengan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Ida Fauziyah pada Mei 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 24 2021
Saravanan mengemukakan cadangan balas berhubung isu 'one maid one task' semasa perbincangan secara maya dengan Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Mei lalu. - Gambar fail
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Lebih 41,000 pendatang asing tanpa izin ditahan setakat 13 November lepas - KDN
Seramai 41,073 pendatang asing tanpa izin telah ditangkap menerusi 17,745 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara, setakat 13 Nov lepas.
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
Beri anak majikan makan steroid agar kanak-kanak itu kekal gemuk
Dia bertindak sedemikian hanya sekiranya kanak-kanak itu tidak mahu makan makanan yang disajikannya.
Dr Say, polis serbu bilik pembantu rumah, kantoi dua lelaki menyorok dalam selimut
"Saya layan seperti manusia, tapi layanan binatang mereka beri..."
Lelaki, dua pembantu rumah ditahan disyaki edar dadah
Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita pembantu rumah warga asing serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM16,308 dalam serbuan di sebuah rumah di Simpang Ampat, Sabtu lepas.
Amah bukan 'punching bag' untuk lepaskan geram - Hakim
Seorang akauntan wanita dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan didenda RM12,000 atas pertuduhan mengekplotasi dan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia sekitar Februari hingga Mei 2021.
Empat ahli keluarga Hinduja dijatuhi hukuman penjara kerana eksploitasi pembantu rumah
Keluarga Hinduja membayar gaji rendah dan menyekat kebebasan pekerja yang diambil terus dari India untuk bekerja di rumah mewah mereka di Lake Geneva.
73 mangsa diselamatkan, 113 ahli sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Tujuh puluh tiga individu termasuk tiga orang kurang upaya (OKU) diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dieksploitasi menjadi buruh paksa.
Polis selamatkan 17 wanita Indonesia disyaki mangsa pemerdagangan manusia
Polis berjaya menyelamatkan 17 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah asrama syarikat perkhidmatan pembantu rumah di Shah Alam.
'Pembantu rumah dilayan seperti binatang, gaji tak dibayar'
Mangsa bertugas mencuci tandas sahaja dan selesai melakukan tugasan, mangsa akan dikurung semula di balkoni rumah.