PUTRAJAYA: AirAsia akan menyediakan pilihan kepada penumpang yang penerbangannya dibatalkan akibat letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sulawesi Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bo Lingam.
Beliau berkata penumpang boleh meminda penerbangan mereka, dengan membuat perubahan sekali sahaja kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu untuk laluan yang sama, dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal tanpa kos tambahan dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
"Mereka juga boleh mengekalkan nilai tempahan penerbangan dalam akaun ahli AirAsia Rewards untuk perjalanan akan datang dengan AirAsia, yang perlu ditebus dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pengeluarannya.
"Penumpang boleh memilih tarikh baharu perjalanan pada mana-mana tarikh dalam jadual penerbangan yang ada di airasia.com," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penerbangan pergi balik sembilan lapangan terbang termasuk Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Labuan, Miri, Sibu, Bintulu, Kuching dan Brunei, akan terjejas oleh pembatalan yang bermula 10 pagi hari ini hingga 8 pagi 19 April.
Penumpang AirAsia yang melakukan perjalanan kepada dan dari destinasi yang terjejas, boleh menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus.
Selain itu, Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
"Daripada kategori yang tersedia, penumpang boleh klik pada 'Perubahan Tempahan' kemudian 'Perubahan Penerbangan' dan akhir sekali 'Penerbangan saya telah ditukar oleh AirAsia'. Dari situ, cuma ikut arahan untuk membuat perubahan pada tempahan anda," katanya.
"Kami faham bahawa ini mungkin menyusahkan penumpang dan kami memohon maaf atas gangguan terhadap rancangan perjalanan mereka.
"Bagaimanapun, keselamatan penumpang dan kru kami menjadi suatu keutamaan dan kami menghargai pemahaman dan kerjasama penumpang pada ketika ini," katanya.
Syarikat penerbangan itu, menurut Bo Lingam, akan terus memantau keadaan dengan teliti dan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia untuk menilai keadaan sebelum menyambung semula operasi ke destinasi yang terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Penumpang AirAsia yang melakukan perjalanan kepada dan dari destinasi yang terjejas, boleh menyemak status penerbangan terkini mereka di airasia.com/flightstatus. -Gambar fail
Sarjan terima rasuah tutup kes cabul didenda RM8,000
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Kejadian rompakan dilaporkan berlaku semasa banjir di Brazil
Hujan lebat yang menyebabkan banjir di Porto Alegre, Rio Grande Do Sul, Brazil kini mengundang kepada berlakunya kejadian jenayah.
Penduduk Rumah Panjang harap sosio ekonomi meningkat
Dalam pada itu penduduk Rumah Panjang Nanga Engkuah yang ditemui Astro AWANI menzahirkan rasa syukur dengan pemilihan rumah panjang mereka sebagai Kampung Angkat Madani.
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni berkata pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
Prosedur graf kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim yang cedera disimbah asid baru-baru
Sidang DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta supaya kawalan keselamatan ketika sidang DUN yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Syarikat penerbangan boleh mulakan operasi antarabangsa di LTSIP
Kementerian Pengangkutan Mengalu-alukan syarikat penerbangan untuk mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
AWANI Ringkas: Imigresen, KDN kaji guna QR di pintu masuk negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki hilang ketika berkelah ditemui lemas di Lata Bayu
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika berkelah bersama tiga rakannya di Lata Bayu, Asam Jawa, di sini ditemukan lemas.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.