KUALA LUMPUR: Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima akan bermula Isnin ini (29 Jan).
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
Menurut MOF, kerajaan telah menaikkan bayaran STR Fasa 1 kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah, berbanding bayaran maksimum RM300 pada tahun lepas, bagi membantu sebilangan besar rakyat menangani kesan peningkatan kos sara hidup.
Kementerian itu memberitahu penerima daripada kategori isi rumah berpendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM500 melalui pembayaran STR Fasa 1, manakala isi rumah berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 layak menerima RM100 hingga RM300.
Penerima bagi kategori warga emas tiada pasangan dan golongan bujang pula masing-masing akan menerima RM150 dan RM100.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan sama berkata setiap kali beliau bertemu rakyat, perihal utama diutarakan ialah beban kos sara hidup yang kian meningkat lebih deras daripada pendapatan.
"Saya akur akan keperitan ini, justeru kerajaan giat berusaha untuk memastikan bantuan kerajaan dapat dipertingkat dengan lebih ketara agar masalah asas ini dapat dileraikan dan tiada rakyat di belakang, di bawah pentadbiran kerajaan Madani.
"Selaras dengan pendekatan Ekonomi Madani untuk 'meninggikan lantai' dari segi kualiti hidup rakyat, kerajaan akan mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya," kata Perdana Menteri.
Beliau berkata kerajaan Madani sentiasa peka kepada keluhan rakyat dan akan terus menambah baik STR dalam usaha membantu rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Dalam pada itu, MoF memaklumkan setakat ini, sejumlah 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024, namun angka itu dijangka meningkat kepada hampir sembilan juta memandangkan proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali seperti yang dilaksanakan sebelum ini.
MOF menasihati orang ramai untuk menyemak status kelayakan STR dan mendapatkan jawapan bagi soalan lazim (FAQ) dalam portal rasmi STR melalui pautan bantuantunai.hasil.gov.my atau manfaat.mof.gov.my.
Kementerian itu turut menyeru mereka yang tidak tersenarai dalam pangkalan data STR untuk membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan dimuktamadkan.
"Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima akan bermula Isnin ini (29 Jan). - Gambar fail
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
MOF minta orang ramai berwaspada penipuan STR, SARA
Kementerian Kewangan menasihati orang ramai agar berwaspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Fahmi ingatkan penjawat awam, penerima STR tidak terpedaya penipuan dalam talian
"Saya pohon dari kalbu saya, tolong berhati-hati dan jangan jadi mangsa penipuan (scammer)."
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 mulai Rabu ini
Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melibatkan bayaran RM100 sehingga RM650 yang akan dikreditkan mulai Rabu ini.
Penerima manfaat STR beli keperluan harian sempena promosi perayaan
Promosi oleh pasar raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina dimanfaatkan pengguna membeli barangan keperluan harian terutama mereka yang menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
STR ringankan beban perbelanjaan harian golongan kurang berkemampuan
Penerima STR menyifatkan sumbangan itu dapat meringankan beban perbelanjaan keperluan harian mereka dalam situasi kos sara hidup masa kini.
Peningkatan bayaran STR diharap ringankan beban rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap peningkatan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang ketara pada tahun ini dapat meringankan beban rakyat.
Pembayaran STR Fasa 1 bermula Isnin ini, manfaat 8.2 juta penerima - MoF
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.2 juta penerima akan bermula Isnin ini (29 Jan).
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4 mulai 7 Nov ini
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, iaitu pembayaran akhir bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai 7 Nov ini dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion.
Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan kepada RM10 bilion
Jelas beliau, perkembangan positif itu hasil penjimatan subsidi, yang kemudian akan disalurkan kepada rakyat.
Lebih ramai B40 terima manfaat Skim Perubatan MADANI
Pelaksanaan Skim Perubatan MADANI ke tujuh daerah itu bermula minggu keempat Ogos.