Penganjur jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi 2020 (LTdL2020), Human Voyage (M) Sdn Bhd mengesahkan sudah melunaskan pembayaran wang kemenangan kepada pelumba dan pasukan bertanding, pada awal bulan ini.
Ketua Pegawai Operasi LTdL 2020, Shahaizereen A Hamid berkata, pembayaran wang hadiah kemenangan itu berjumlah keseluruhan RM823,450.
"Transaksi pembayaran kepada pasukan dan pelumba telah dibuat dan selesai pada awal bulan ini. Proses pembayaran dibuat melalui Cycling Prize Management System (UCPMS) Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pembayaran akhir hadiah kemenangan itu sepatutnya dilakukan menerusi sistem UCI tersebut dalam tempoh 90 hari selepas tamat perlumbaan, namun tertunda susulan penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas.
Pada saingan LTdL 2020 yang berlangsung Februari lepas, pasukan Sapura merupakan penerima hadiah wang kemenangan terbesar iaitu sebanyak RM141,150, disusuli pasukan Terengganu dengan RM114,200 dan Vino Astana Motors RM106,100.
Perlumbaan edisi ke-25 itu adalah berstatus Pro Series di bawah peraturan baharu UCI.
Shahaizereen berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta badan induk berbasikal negara, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), telahpun dimaklumkan berhubung pembayaran wang kemenangan yang dilakukan itu.
"Isu kelewatan pembayaran disebabkan kekangan yang terpaksa dihadapi ketika PKP telahpun diselesaikan selepas perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican baru baru ini.
"Bagi pihak penganjur, saya mengucapkan terima kasih terutama kepada Menteri (Belia dan Sukan) atas keprihatinan yang diberikan, sekali gus membantu kami menyelesaikan isu ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang memahami, bersabar dan memberi kerjasama yang baik berhubung perkara ini," katanya.
Beliau berkata, Human Voyage bersedia menganjurkan perlumbaan edisi ke-26 meskipun terdapat ketidakpastian susulan COVID-19 dan prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan bagi acara sukan antarabangsa. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 12 2020

Barisan pemenang Le Tour de Langkawi 2020 pada majlis penyampaian trofi di Langkawi pada 14 Februari lalu. - Gambar fail BERNAMA

Krisis Perubatan | Turki bakal berdepan kekurangan doktor perubatan
Turki bakal berdepan kekurangan doktor perubatan selepas ramai dalam kalangan mereka mencari peluang bekerja di luar negara. Persatuan Perubatan Turki berkata, mereka bertindak demikian dalam usaha mencari persekitaran kerja dan kualiti hidup yang lebih baik.

Banjir | Australia akan merangka pelan jangka panjang
Australia sedang merangka pelan penyelesaian jangka panjang dalam usaha mendepani bencana banjir. Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata, ia susulan banjir yang melanda Sydney ketika ini.

Isu Minyak Masak | Permintaan minyak masak peket naik mendadak
Permintaan minyak masak peket subsidi di kawasan luar bandar di kelantan meningkat dua kali ganda selepas pihak kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak botol. Bagi pengilang yang dilantik oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tambahan kuota minyak peket subsidi diperlukan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Bekalan Makanan | Permintaan ayam naik dua kali ganda
Permintaan ayam segar di negara ini naik dua kali ganda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng, berkata ia selepas orang ramai dibenar menganjurkan majlis sosial seperti perkahwinan dan rumah terbuka perayaan.

Bekalan Makanan | Penjual ayam perlu lebih masa jika operasi bertukar
Kerajaan perlu memaklumkan lebih awal sekiranya memutuskan untuk menarik semula larangan eksport ayam ke Singapura. Ini kerana, banyak perkara perlu dilaksana penternak seperti mengaktifkan semula ternakan yang khusus untuk diimport. Penasihat Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ternakan yang dijual untuk pasaran tempatan tidak sama berbanding tujuan import.

Banjir Baling | Memahami punca tragedi banjir di Baling
Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo, Felo Utama Lestari UKM

Pascabanjir Baling | Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Kerajaan Negeri Selangor hari ini menghantar misi bantuan pascabanjir ke Baling, Kedah bagi membantu usaha pemulihan keperluan asas agar mangsa yang terjejas dapat segera pulang ke rumah masing-masing. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan Selangor Volunteer (Serve) terlibat dalam misi tersebut yang dijalankan selama tiga hari sehingga Jumaat ini.

AWANI Ringkas: Jumlah mangsa banjir akibat kepala air di Baling menurun ke 495
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: "Musnah harta benda boleh diterima, hilang nyawa sangat pilu" - Mangsa
Penduduk Kampung Iboi kecewa kerakusan manusia menjarah alam menyebabkan mereka menjadi mangsa.

Sekuriti Makanan | Langkah mempelbagaikan sumber import
Wajar untuk kerajaan mempelbagaikan sumber import makanan dalam mengukuhkan jaminan sekuriti makanan, kata Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prod Ida Idayu Muhamad.

Pembayaran wang kemenangan LTdL 2020 selesai
Penganjur jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi 2020 mengesahkan sudah melunaskan pembayaran wang kemenangan kepada pelumba dan pasukan bertanding.