awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN

Bernama
Bernama
26/12/2023
09:26 MYT
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad berhubung isu bekalan yang berlaku hampir di kesemua stesen minyak milik Petronas di Sabah dan Sarawak.
KUCHING: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak masih belum menerima sebarang makluman daripada pembekal diesel berhubung terputusnya bekalan bahan api berkenaan di stesen minyak milik Petronas di negeri itu.
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad berhubung isu bekalan yang berlaku hampir di kesemua stesen minyak milik Petronas di Sabah dan Sarawak.
"Pengguna juga disarankan untuk mendapatkan bekalan minyak diesel di stesen minyak Shell atau Petros (syarikat minyak dan gas milik Sarawak) yang berhampiran," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu memberi jaminan akan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan ke atas semua stesen minyak dan meminta orang ramai untuk melaporkan kepada mereka sebarang kegiatan penyelewengan bahan api bersubsidi tersebut.
Laporan boleh dibuat menerusi laman e-aduan.kpdn.gov.my, whatsapp 019-2794317 @ 019-8488000 (Aduan Pengguna) atau talian hotline 1-800-886-800.
Semalam Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dilaporkan berkata kekurangan bekalan diesel bersubsidi di negeri itu telah berlaku sejak dua minggu lepas.
Katanya kegiatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menggunakan diesel bersubsidi untuk tujuan industri telah menyebabkan kuota untuk kegunaan orang ramai di negeri itu tidak mencukupi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kpdn
#diesel
#Petronas
#Sarawak
#Sabah
#bekalan diesel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan