KUALA LUMPUR: Pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Dewan Rakyat bagi membolehkan Akta Antilompat Parti digubal adalah satu manifestasi ke arah politik yang lebih sihat dan berpaksikan kepentingan rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob justeru menzahirkan rasa puas hati dengan penyatuan Ahli-Ahli Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.
"Malaysia ke arah kestabilan politik yang lebih matang, kuat dan berkeyakinan," kata Ismail Sabri dalam catatan di Facebooknya.
Beliau berkata blok kerajaan dan pembangkang turut senada dan harmoni untuk membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas bagi meneliti pindaan Perlembagaan yang lebih khusus mengenai lompat parti serta mewujudkan Akta Anti Lompat Parti.
Rang undang-undang bagi meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bertujuan memasukkan fasal baharu 3A selepas Fasal 3 bagi sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) yang berhubungan dengan keahlian dalam parti politik ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri boleh juga dikenakan oleh undang-undang persekutuan.
Dewan Rakyat juga meluluskan usul pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas untuk membuat syor berhubung pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Jawatankuasa itu dianggotai 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang yang akan dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob justeru menzahirkan rasa puas hati dengan penyatuan Ahli-Ahli Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Pembentangan RUU Pindaan Perlembagaan manifestasi politik lebih sihat - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob justeru menzahirkan rasa puas hati dengan penyatuan Ahli-Ahli Parlimen pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Sidang khas Parlimen bermula hari ini
Sidang khas itu merangkumi mesyuarat khas Dewan Rakyat hari ini dan mesyuarat khas Dewan Negara pada Selasa (12 April).

Sidang khas Parlimen mulai esok
Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan diadakan esok.

MA63: Anwar antara Ahli Parlimen sokong pindaan Perlembagaan
Menurut Anwar, hal berkaitan MA63 merupakan antara perkara utama dalam Memorandum Persefahaman antara Pakatan Harapan dan kerajaan.

Bersatu mahu SPR segerakan pelaksanaan Undi 18
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata langkah itu perlu sebagai mengiktiraf peranan serta penglibatan golongan muda dalam politik.

Kerajaan setuju tambah pendaftaran automatik, had umur calon dalam pindaan RUU
Sebelum ini bacaan pertama rang undang-undang berkenaan hanya memfokuskan kepada hak individu yang berumur 18 tahun untuk mengundi.