KUALA LUMPUR: Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk memilih Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dibuat dengan mengambil kira 'kemudaratan' yang lebih besar.
Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu kemudian dibentangkan bersama Biro Politik dan Majlis Kerja Tertinggi sebelum keputusan dicapai untuk bersama PH.
Presiden UMNO itu menjelaskan, pada masa itu, gabungan berkenaan berpandangan 'kemudaratan lebih besar' adalah jika bersama dengan PN.
"Saya ingin bercakap di sini daripada 56 orang ahli MKT yang dilantik dan hadir, hanya dua orang sahaja yang tidak bersetuju (bergabung dengan PH).
"Ertinya lebih 95 peratus bersetuju dengan cadangan yang saya bentangkan dari segi menilai pemberat dari satu sehingga 10, di mana pemberatnya dari segi nisbah mudarat lebih besar kalau kita bersama PN ketika itu," katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa malam.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, selepas keputusan dibuat, barulah gabungan itu melihat kepada faedah yang bakal dicapai termasuk dari segi kestabilan politik.
"Selepas itu, kerajaan telah dibentuk dengan majoriti mudah. Akhirnya kawan-kawan dari Sabah dan Sarawak serta Bebas (menyatakan sokongan) menyebabkan angka 148 kerusi menjadikan dua pertiga sokongan," ujarnya.
Timbalan Perdana Menteri itu menambah, pembentukan Kerajaan Perpaduan juga dibuat atas saranan dan titah Yang Di-pertuan Agong.
Mengakui bahawa perkara itu bukan mudah, Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, ia tidak mustahil untuk dilaksanakan.
"Maka apabila keputusan daripada Tuanku kepada PH dan baginda menitahkan saya untuk menghadap, dan saya dapat terjemahkan hasrat Tuanku serta merasakan bahawa ini untuk kestabilan politik negara.
"Soalnya, adakah ia difahami di peringkat akar umbi? Pada awalnya agak sukar tetapi Alhamdulillah, rata-rata telah menerima hakikat bahawa kita berada dalam Kerajaan Perpaduan," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 14 2023

Ahmad Zahid berkata, keputusan itu kemudian dibentangkan bersama Biro Politik dan MKT sebelum keputusan dicapai untuk bersama PH - Foto Astro AWANI

Konvensyen Kerajaan Perpaduan: Medan mencari formula seragamkan hala tuju negara antara parti
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan penting untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan kukuh dan utuh.

Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam, Ahmad Zaini meninggal dunia
Jenazah akan dibawa pulang ke kediaman ibu Allahyarham di Pekan Changloon untuk dikebumikan.

Persatuan perubatan sambut baik komitmen PM
Mereka faham mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan,
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016610/22918272291680309488114_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 April 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama GG Ahmad dan Siti Syazwani. Antara fokus AWANI - Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13. - PM Anwar antara pemimpin terawal bertemu Xi Jinping. - "Penduduk Ipoh tidak begitu bahagia" - Laporan Kajian Indeks Kebahagiaan Malaysia 2022.

3 melecur, seorang sesak nafas, rumah panjang 33 pintu terbakar
Insiden berlaku di Rumah Peter Igoh, di Nanga Mujan, Skrang di Betong.

Public Mutual isytihar pengagihan lebih daripada RM147 juta bagi 10 dana
Public Mutual muncul pemenang terbesar pada anugerah Refinitiv Lipper Fund Awards 2023 baru-baru ini, merangkul 19 anugerah dana individu.

Rauf akan teruskan agenda pembangunan negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beri komitmen untuk teruskan agenda pembangunan negeri.

Puting beliung dahsyat melanda Little Rock
Puting beliung melanda Little Rock dan kawasan sekitarnya pada Jumaat, menerbangkan serpihan bumbung kenderaan di jalan raya.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada minggu depan.

JAIPs panggil Ustaz Wadi beri keterangan mengajar tanpa tauliah
Pendakwah itu didakwa mengajar tanpa tauliah di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, pada Khamis.

Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka
Ahmad Zahid berharap pelantikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka akan membawa perubahan kepada negeri itu terutama potensi untuk menarik pelabur.

Titik tolak perubahan politik Melaka - Penganalisis
Selepas kekalahan teruk Barisan Nasional pada PRU yang lalu, kemungkinan terdapatnya desakan tertentu bagi menukar percaturan.

Ahmad Zahid beri bayangan penubuhan Kerajaan Perpaduan tidak semestinya berlaku di negeri lain
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi bayangan bahawa penubuhan Kerajaan Perpaduan yang mungkin berlaku di Melaka, tidak semestinya akan berlaku di negeri lain termasuk Johor.

Parti Kerajaan Perpaduan guna logo sendiri hadapi PRN - Saifuddin
Keputusan BN menggunakan lambang dacing bagi menghadapi enam PRN adalah dalam pengetahuan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.

UMNO guna lambang dacing pada PRN enam negeri - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semua calon parti itu akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti.

PRN: PH Pulau Pinang mesyuarat 2 April
Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijangka mengadakan mesyuarat dalaman pada 2 April ini, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

PH Pulau Pinang diberi tempoh sebulan runding dengan BN negeri - Chow
Chow Kon Yeow berkata beliau menerima arahan daripada pimpinan tertinggi gabungan politik itu semalam untuk memulakan rundingan dengan BN.

BN kini sebahagian kerajaan negeri Selangor - MB
ADUN UMNO dan BN kini merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor sehingga tamat tempoh penggal pentadbiran kerajaan negeri yang akan berakhir Jun ini, kata Datuk Seri Amirudin Shari.

PRN Kelantan: BN janji selesai isu air dalam lima tahun
Ahmad Zahid berkata, masalah bekalan air menjadi kewajipan utama untuk diselesaikan jika diberi mandat.

Menjelang PRN: Kerjasama BN, PH perlu diperkukuhkan - Ahmad Zahid
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyifatkan kerjasama berkenaan adalah jajaran politik yang harus dilihat ke hadapan.