KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Labuan meningkatkan 300 peratus pemberian vaksin kepada penduduk pulau itu dengan 3,000 dos sehari mulai minggu ini.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, peningkatan pemberian vaksin itu diputuskan dengan persetujuan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) selain penghantaran bekalan serta merta 35,100 vaksin ke Labuan minggu ini.
Malah, kapasiti bekalan vaksin itu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut kepada keperluan.
"Saya ingin memberi jaminan, Wilayah Persekutuan Labuan tidak dipinggirkan sebaliknya kementerian saya dan kerajaan bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan dari krisis pandemik COVID-19.
"Sebab itu kita tingkatkan proses pemberian vaksin dan kita laksanakan sekatan pergerakan bersasar di lapan lokaliti. Dua perkara ini perlu dilakukan serentak untuk kita bersihkan Labuan daripada bahaya COVID-19," katanya dalam sidang media menerusi Faebook.
Annuar yang juga Pengerusi Jawatan Kerja Keselamatan Wilayah Persekutuan berkata, dengan peningkatan 3,000 dos sehari kepada penduduk Labuan, beliau optimis pulau itu akan menjadi Wilayah Persekutuan pertama di negara ini mencapai imuniti kelompok menjelang bulan Julai.
Selain itu, katanya, pihak kementerian akan menghantar 120 tan bahan makanan seperti beras, minyak masak, tepung dan gula dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Labuan.
Astro Awani
Wed Jun 16 2021
Proses pemberian vaksin di Labuan akan ditingkatkan kepada 3,000 dos sehari.
Kerajaan Negeri diharap segera pemakaian Akta Perhutanan Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berharap semua kerajaan negeri akan menyegerakan pemakaian Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 sebagai Enakmen Perhutanan (Pemakaian) di negeri masing-masing.
Dua ahli politik Melaka antara yang pernah disekat ke luar negara
Dua ahli politik Melaka antara 10 individu yang disekat ke luar negara selepas gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah mencecah puluhan ribu ringgit.
Bar alamat Google Chrome bakal jadi lebih pintar
Ini bermakna, Chrome turut boleh mencadangkan laman web yang tepat, membetulkan ejaan alamat web yang salah ditaip oleh pengguna dan banyak lagi.
Peniaga didenda RM8,000 sengaja daftar kelahiran anak lebih sekali
Seorang peniaga didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret kerana sengaja mendaftar kelahiran anak sulungnya lebih daripada sekali pada September tahun lepas.
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Siasatan MB Perlis: 'Bersangka baik dengan SPRM' - Zahid
Ahmad Zahid meminta semua pihak bersangka baik dengan SPRM selepas agensi itu merakam percakapan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.
Dua bekas anggota polis terlepas hukuman gantung, diganti dengan penjara
Kedua-dua mereka yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga bulan, diperintah menjalani hukuman penjara bermula dari penahanan mereka pada 22 Jan 2006.
Sempadan Malaysia-Thailand dibuka seperti biasa - Polis
Sempadan Malaysia-Thailand khususnya di Rantau Panjang dibuka seperti biasa dan tidak ditutup susulan insiden letupan bom serta berbalas tembakan.
AWANI Ringkas: LHDN giat buru pihak culas bayar cukai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan cukai: Dua ahli politik Melaka antara yang disekat ke luar negara
Dua ahli politik di Melaka antara 10 individu yang pernah disekat ke luar negara kerana gagal melunaskan tunggakan cukai melibatkan jumlah puluhan ribu ringgit.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Kabel bawah tanah rosak punca Labuan bergelap 20 jam
Kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) punca sebahagian Pulau Labuan bergelap selama 20 jam kelmarin.
Tiga pasukan petugas ditubuh pacu ekonomi Labuan
Tumpuan terhadap pembangunan pelancongan, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok dan meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal.
Catuan bekalan elektrik di Sabah, Labuan babitkan 105,628 pengguna - SESB
Masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal.
SESB laksana catuan elektrik di Sabah dan Labuan
Situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak iaitu 1,001MW.
Kilang kayu terbakar di Labuan
Sebuah kilang kayu dan pembuatan perabot, Seng Seng Woodwork Co yang beroperasi lebih tiga dekad, musnah dalam kebakaran hari ini.
Imigresen tahan enam pendatang tanpa izin di Labuan
Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi dijalankan pada Khamis lepas dan semalam.
Pelaksanaan SST, tambang feri Labuan naik enam peratus
Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.
Bangkai penyu hijau ditemukan di Pantai Nagalang
Bangkai spesies haiwan laut terancam itu ditemukan oleh staf restoran dan disyaki telah mati beberapa hari sebelumnya.
JWP peruntuk RM520,000 untuk projek komuniti, hakisan pantai di Labuan
RM200,000 diperuntuk bagi membina dinding penahan bagi menyelesaikan isu hakisan pantai dekat gerai makanan di Kampung Tanjung Aru Nelayan.