KUALA LUMPUR: Jumlah pemberian vaksin COVID-19 terus mencatatkan peningkatan kepada 7,039,072 dos.

Daripada jumlah itu, penerima dos pertama ialah 5,072,714 orang dan 1,966,358 orang terima dos kedua.

Dalam tempoh sehari, sebanyak 215,968 dos berjaya diberikan.

Untuk rekod, dalam tempoh seminggu lalu, kadar pemberian vaksin terus mencatatkan peningkatan.

Tertinggi pada 24 Jun lalu sebanyak 268,604 dos, diikuti 23 Jun dengan 252,773 dos sehari.

Jumlah pemberian vaksin meningkat setiap hari. Gambar: Grafik Astro Awani


Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin memaklumkan pemberian dos vaksin akan ditingkatkan dari 200,000 kepada 300,000. Gambar: Grafik Astro Awani

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin sebelum ini memaklumkan bahawa bekalan besar vaksin bakal tiba pada Julai depan.

Malah gerak kerja vaksinasi akan diperhebatkan dengan penambahan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang statik dan bergerak

Tambah Khairy, sasaran vaksinasi setiap hari akan ditingkatkan daripada 200,000 kepada 300,000 suntikan vaksin.