Kerajaan Pulau Pinang memandang serius kebocoran surat rasmi kerajaan berhubung keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan dan iqamah, yang akan diwartakan tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sedang menjalankan siasatan bagi mencari pihak yang membocorkan surat itu sebelum mengambil tindakan tegas.
"Tindakan pihak yang membocorkan surat itu adalah berniat jahat dan cuba menimbulkan suasana huru-hara. Saya rasa perkara ini bukanlah sesuatu yang besar untuk dibangkitkan. Ini baru satu keputusan dan perlu melalui banyak lagi proses sebelum ia difatwakan," katanya pada sidang media di sini, semalam.
Semalam, perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.
Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik.
Ini termasuk memperkenalkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.
Abdul Malik berkata keputusan Jawatankuasa Fatwa itu telah dimaklumkan kepadanya dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) sebagai jabatan yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata keputusan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ia diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk mendapat perkenan baginda.
Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor yang turut hadir pada sidang media itu berkata pihaknya sedia mengadakan perbincangan dan dialog dengan semua jawatankuasa qariah masjid berhubung cadangan mengehadkan penggunaan pembesar suara untuk laungan azan dan iqamah sahaja.
"Selain itu orang ramai yang mempunyai cadangan atau penambahbaikan mengenai fatwa berkenaan boleh menghubungi Jabatan Mufti Pulau Pinang untuk menyalurkan maklumat," katanya.
Dalam perkembangan lain Abdul Malik berkata kerajaan negeri sedang mengumpul nama calon bagi jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) untuk dibentangkan dalam mesyuarat Exco sebelum diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, jawatan itu yang disandang oleh Datuk Mohd Salleh Man akan tamat pada 31 Disember ini dan akan diisi selepas mendapat perkenan baginda.
Pelantikan Yang Dipertua MAIPP untuk tempoh dua tahun setiap penggal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas cadangan calon dikemukakan kerajaan negeri.
Bernama
Thu Oct 01 2015
Ini termasuk memperkenalkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya. - Gambar Fail
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Dah azan atau belum? Muat turun aplikasi Astro AWANI, kini ada notifikasi masuk waktu solat
Apabila memasuki Ramadan, sudah tentu kita akan menunggu tibanya waktu Maghrib untuk berbuka puasa.
COVID-19: Laungan azan di Kuwait ditukar kepada "solat lah kalian di rumah"
Kedengaran suara seorang bilal membuat perubahan pada lafaz azan kepada shollu fi rihaalikum (solat lah kalian di rumah).
Bumi rata? Ini jawapan Angkasawan Negara
DATUK Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjelaskan bahawa bumi berbentuk bulat sfera.
Video laungan azan oleh golongan OKU dapat perhatian pengguna media sosial
Azan adalah amalan yang dikerjakan oleh umat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu.