SEGAMAT: Pembinaan 287 menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Johor akan membantu capaian Internet selular sebanyak 100 peratus di negeri ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata daripada jumlah itu, sebanyak 182 menara telah siap dibina setakat suku keempat 2023.
"Baki selebihnya masih dalam fasa pembinaan dan dijangka siap serta mula beroperasi sepenuhnya pada 2025. Seperti hari ini, kita adakan tinjauan di Menara telekomunikasi di Kampung Krishna, Jementah yangmula dibina pada suku kedua 2023 dan telah siap dibina oleh pihak Celcom Berhad pada awal 2024.
"Menara ini boleh digunakan bermula 28 Feb lepas bagi pengguna CelcomDigi, manakala pengguna Maxis pada 7 Mac dan U-Mobile semalam, jadi dengan siapnya menara telekomunikasi berkenaan dianggarkan sebanyak 100 penduduk di Kampung Krishna dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Paya Jakas dan Pekan Jementah berpeluang menikmati perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Jementah, Segamat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Segamat Yuneswaran Ramaraj, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah Ng Kor Sium dan Pengarah MCMC Johor Mohamad Rizal Ahmad.
Dalam pada itu, Teo berkata sebanyak 4,701 menara telah dinaik taraf kepada 4G/LTE, manakala 16 menara masih dalam proses naik taraf dan dijangka siap serta beroperasi pada 2025.
"Setakat ini, liputan 4G/LTE secara keseluruhan di negeri Johor ialah 99.16 peratus, manakala bagi kawasan Parlimen Segamat, setakat tempoh sama capaian liputan Internet selular bagi kawasan berpenduduk sebanyak 97.84 peratus.
"Di seluruh Johor memang ada tempat yang masih ada isu liputan Internet. Sebagai contoh, kawasan Sengkang Lengga dan Kampung Gelang Cincin di Kulai pun masih ada menara yang kita baru hendak bangunkan.
" ... kebanyakan memang di kawasan pedalaman, Felda atau kampung, bagaimanapun lokasi berkenaan akan dibantu melalui projek Jendela yang dibayar MCMC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Teo beramah mesra dengan penduduk kampung yang melakukan pendaftaran sistem PADU pada Hari Bersama Agensi JKP-KK di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kampung Paya Jakas, Jementah hari ini. - Foto Bernama
Manchester United bertambah baik
Manchester United menghadirkan kejutan besar dan prestasi terbaik kelab tersebut penghujung musim apabila merangkul Piala FA.
Memacu Malaysia Airports ke peringkat lebih tinggi, memperkukuh kesalinghubungan untuk pertumbuhan mampan
Potensi penambahbaikan yang diketengahkan oleh konsortium tersebut akan memberi manfaat kepada MAHB.
Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah
Abnil Hajar Ismail dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 10.30 malam.
Pameran diilhamkan perjalanan seni M Nasir Jun ini
SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu M.Nasir. Itulah nama pameran seni khas untuk meraikan perjalanan seni Datuk M. Nasir yang penuh inspirasi selama 45 tahun.
Man Utd sah bermain di UEL
Selepas dinobatkan sebagai juara Piala FA Inggeris Manchester United berjaya melayakkan diri ke saingan Liga Eropah (UEL), musim depan.
6,000 ayam rentung, reban terbakar
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah memaklumkan kebakaran melibatkan satu daripada 11 reban ayam, yang mengandungi sekitar 5,000 ke 6,000 ayam.
KPKM suntik RM15 juta untuk tingkatkan pengeluaran daging lembu di Sabah menjelang 2030
Timbalan Menteri KPKM, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata ketika ini komoditi daging lembu di Sabah hanya 7.57 peratus dan melalui peruntukan RM15 juta akan dapat ditingkatkan kepada 25 peratus menjelang tahun 2030.
Gempa kuat bermagnitud 6.4 Kepulauan Vanuatu - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Vanuatu, pada 6.23 pagi tadi.
Isu khutbah boikot: Polis terima laporan video isu boikot ketika khutbah
Polis menerima laporan berhubung sebuah video yang memaparkan isu boikot yang disampaikan semasa khutbah solat Jumaat di Perak baru-baru ini.
KPKM sasarkan 5000 jam utk seluruh negara
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata matlamat Jualan Agro Madani Mega adalah untuk memudahkan rakyat mendapatkan barangan makanan tanpa melalui orang tengah atau pemborong.
Pembinaan 287 menara komunikasi di Johor bantu capaian internet 100 peratus
Pembinaan 287 menara komunikasi baharu di bawah Jendela di Johor akan membantu capaian internet selular sebanyak 100 peratus di negeri itu.