IPOH: Status kemajuan jajaran Seksyen 11 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) di Persimpangan Beruas - Persimpangan Taiping Selatan yang bersambung dengan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Persimpangan Changkat Jering telah mencapai 99.33 peratus pembinaan.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata laluan itu yang dijangka dibuka dalam masa terdekat sebelum Aidilfitri nanti akan melengkapkan keseluruhan jajaran WCE di Perak.
"Selain berfungsi sebagai lebuh raya alternatif kepada Lebuhraya Utara Selatan, WCE akan membuka koridor pembangunan barat di bahagian pesisiran pantai negeri Perak.
"Bagi menggunakan sepenuhnya potensi yang ada, kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pertumbuhan Ekonomi Jajaran WCE yang dipengerusikan oleh saya sendiri bagi merancang pembangunan di sepanjang jajaran lebuh raya ini dalam usaha untuk memaksimumkan limpahan ekonomi kepada rakyat Perak," katanya semasa sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Zafarulazhan Zan (PN-Kampong Gajah) yang ingin tahu sama ada pihak kerajaan mempunyai perancangan pembangunan di sepanjang WCE Teluk Intan - Lekir.
Saarani berkata bagi jajaran di Perak iaitu Seksyen 8 di Hutan Melintang - Teluk Intan, Seksyen 9 (Lekir - Changkat Cermin) dan Seksyen 10 (Changkat Cermin - Beruas) sebelum ini telah dibuka pada 2019.
Beliau berkata terdapat cadangan pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan khususnya melibatkan lima daerah yang menerima kesan langsung daripada projek itu iaitu daerah Bagan Datuk, Hilir Perak, Perak Tengah, Manjung serta Larut, Matang dan Selama.
Menurutnya, antara pembangunan yang dirancang ialah pelbagai projek perumahan sedang dilaksanakan di Manjung seperti Rumah Perakku Lekir dan Sitiawan, MyBN Home Lekir, Pembangunan Bandar Baru Setia Awan Perdana dan Projek Perumahan MB Inc di Lekir yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 12,125 unit rumah.
Selain itu, beliau berkata beberapa aktiviti menaik taraf dan penyelenggaraan kawasan tarikan pelancongan sedang giat dijalankan meliputi kawasan di sekitar Trong, Changkat Jering dan Kuala Sepetang seperti menaik taraf Jeti Kelip-kelip Kampung Dew serta membaik pulih Makam Long Jaafar yang mempunyai nilai dan tarikan sejarah kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke Taiping.
Saarani berkata di Hilir Perak, pembangunan Pekan Kecil Sungai Durian bertujuan meningkatkan ekonomi penduduk setempat berikutan kedudukannya yang strategik meliputi pembinaan pusat perniagaan dan pelbagai kemudahan awam lain yang berpotensi tinggi untuk menjadikan Pekan Kecil Sungai Durian sebagai kawasan Rehat dan Rawat bagi pengguna laluan WCE.
Katanya, Projek Floating Market Teluk Intan pula bertujuan mempertingkatkan produk pelancongan di daerah itu khususnya di Mukim Sungai Durian, manakala projek Zon Akuakultur Daerah Hilir Perak akan merangkumi ternakan ikan sangkar yang sistematik dan moden, pewujudan restoran terapung serta penginapan terapung.
Lebuhraya WCE merupakan laluan alternatif terbaharu yang menghubungkan antara Selangor dan Perak melibatkan projek pembinaan jajaran lebuh raya di sepanjang kawasan Banting, Shah Alam, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan seterusnya menyambung jajarannya di kawasan Hutan Melintang, Teluk Intan, Manjung, Beruas sehinggalah Taiping.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata laluan itu yang dijangka dibuka dalam masa terdekat sebelum Aidilfitri nanti akan melengkapkan keseluruhan jajaran WCE di Perak. - Gambar fail/Bernama
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Tumpuan Rabu - 15 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dari Madinah, seramai 563 jemaah haji Malaysia tiba di Mekah
Seramai 563 jemaah haji Malaysia yang sebelum ini menetap di Hotel Emaar Royal dan Hotel Saja al Madidah di Madinah, tiba di Mekah pada Selasa untuk urusan menunaikan ibadat haji.
Pembinaan jajaran Seksyen 11 WCE capai 99.33 peratus
Kemajuan jajaran Seksyen 11 Lebuh Raya WCE di Persimpangan Beruas - Persimpangan Taiping Selatan yang bersambung dengan Lebuhraya PLUS di Persimpangan Changkat Jering telah mencapai 99.33 peratus.