awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan jalan di CIQ Serudong hubungkan Kalabakan dengan Kalimantan, Indonesia

Bernama
Bernama
17/02/2024
22:15 MYT
Pembinaan jalan di CIQ Serudong hubungkan Kalabakan dengan Kalimantan, Indonesia
Shahelmey (tengah) ketika meninjau kemajuan kerja projek Pembesaran Jalan Utara, Tawau, 17 Feb 2024. - Foto Facebook Shahelmey Yahya
TAWAU: Kemudahan jalan raya untuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Serudong di Kalabakan kini dalam pembinaan serta hampir siap, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya.
Menteri Kerja Raya Sabah itu berkata ia adalah fasa pertama dalam langkah penting bagi menghubungkan jalan raya sempadan di Kalabakan, Sabah dengan Kalimantan, Indonesia.
"Fasa pertama itu membabitkan pembinaan jalan konkrit, melakukan pembersihan tapak dan juga sistem perparitan. Kita sedang menanti fasa kedua," katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau kini menunggu laporan terperinci jalan terlibat termasuk yang sedang dibina.
Sebelum ini, Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy meminta kerajaan menyegerakan pembinaan CIQ Serudong termasuk kemudahan jalan raya susulan pembangunan Kalimantan Timur sebagai ibu negara baharu Indonesia.
Shahelmey (empat, kanan) hadir pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah di Tawau, 17 Feb 2024. - Foto Facebook Shahelmey Yahya
Shahelmey (empat, kanan) hadir pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Harapan Rakyat Sabah di Tawau, 17 Feb 2024. - Foto Facebook Shahelmey Yahya
Shahelmey juga berkata sambutan rumah terbuka perayaan yang turut diraikan pelbagai kaum berupaya mengukuhkan perpaduan dan keharmonian di Sabah.
Lebih 3,000 penduduk serta Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni hadir pada majlis itu, yang turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan termasuk tarian singa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CIQ Serudong
#Shahelmey Yahya
#Indonesia
#Kalabakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan