awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan jambatan konkrit di Kampung Mansiang dalam perancangan

Alexion Mairin
Alexion Mairin
30/07/2022
03:40 MYT
Pembinaan jambatan konkrit di Kampung Mansiang dalam perancangan
Video tular yang dikongsikan menerusi FB milik Siti Hafizah Leezah memaparkan beberapa murid terpaksa berpaut pada batang paip bagi menyeberang sungai untuk ke sekolah. - Sumber foto FB Siti Hafizah Leezah
KENINGAU: Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid, Casmir Silip memaklumkan, pihaknya dalam perancangan memajukan cadangan pembinaan jambatan konkrit di Kampung Mansiang Baru.
Menurut beliau, pembinaan jambatan konkrit itu bagi memudahkan penduduk setempat menyeberangi Sungai Biah menggunakan kenderaan.
Kata Casmir, laluan di kawasan terbabit difahamkan bukan hanya digunakan penduduk bagi melakukan aktiviti harian namun ia juga menjadi laluan utama penduduk kampung berhampiran membawa keluar hasil tanaman kelapa sawit yang ditanam di Kampung Mansiang Baru.
Mengenai situasi semasa di Kampung Mansiang Baru ketika ini, Casmir berkata, kampung terbabit mempunyai jambatan aras rendah atau low level crossing yang boleh dilalui menggunakan kenderaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, laluan terbabit sukar diseberangi sekiranya paras air sungai meningkat terutama ketika hujan lebat berterusan melanda kawasan itu.
“Itu saja jalan masuk ke kampung tersebut... sungai cetek kalau tidak hujan, kalau hujan biarpun sedikit akan jadi besar jadi memang masalah kepada penduduk tapi ia lebih cepat surut,” katanya ketika ditemui pada Sabtu.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng berkata, pembinaan jambatan gantung buat masyarakat di Kampung Mansiang Baru di sini, akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Flovia berkata, kemudahan jambatan buat penduduk di kampung itu sudah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Pada Jumaat Astro AWANI menyiarkan aduan penduduk Kampung Biah yang menghadapi kesukaran untuk keluar akibat jambatan yang tidak boleh dilalui kenderaan.
Lebih menyukarkan keadaan apabila pelajar sekolah menggunakan paip saliran air untuk menyebarang Sungai Biah untuk ke sekolah.
Topic Berkaitan
#jambatan konkrit
#Kampung Mansiang Baru
#Sungai Biah
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan