MIRI: Pembinaan jalan lebih 100 Kilometer menghubungkan Miri, Marudi, Mulu dan Long Terawan dijangka bermula tahun depan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata pelan laluan jalan raya itu telah dipersetujui dan apabila siap kelak akan memendekkan masa perjalanan dari Miri ke Long Terawan kira-kira satu setengah jam.
"Dengan adanya jalan itu, Mulu boleh dihubungkan dengan kawasan Gunung Buda di Limban.
"Harap-harap dapat mulakan tahun depan kerana tahun ini JKR masih melakukan proses tender," katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Jawatankuasa Perhubungan SUPP Parlimen Miri-Sibuti di sini, malam tadi.
Abang Johar berkata kawasan Niah di Miri juga akan dibangunkan dengan infrastruktur asas bagi meningkatkan nilai pelancongan di sana.
Ia lanjutan daripada cadangan Sarawak kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menjadikan Niah sebagai Tapak Warisan Dunia.
Dalam pada itu, Abang Johari turut menasihati rakyat Sarawak untuk menguasai teknologi baharu khususnya ekonomi hidrogen agar mampu bergerak seiring dengan kerajaan Sarawak untuk memajukan lagi negeri itu.
Sarawak kini katanya menyasarkan untuk menjadi pengeluar utama hidrogen di dunia dan akan menjual tenaga hidrogen kepada Korea dan Jepun bermula 2028.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2024
Abang Johari berkata pelan laluan jalan raya itu telah dipersetujui dan apabila siap kelak akan memendekkan masa perjalanan dari Miri ke Long Terawan kira-kira satu setengah jam. - Gambar fail/Astro AWANI
Jepun: 17,000 warga emas tinggal bersendirian meninggal dunia di rumah dari Jan-Mac
Kira-kira 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian di Jepun meninggal dunia di rumah antara Januari dan Mac.
Hari Keluarga Antarabangsa: PBB iktiraf amalan baik Malaysia
LPPKN diberi pengiktirafan oleh PBB untuk berkongsi amalan terbaik dalam satu forum yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Belia Negara 2024
Ikuti kupasan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Hasnul Haniff Harun, sempena Hari Belia Negara 2024.
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan tahun depan - Johari
Trend permintaan lada dunia dijangka terus meningkat pada tahun ini dan berterusan sehingga ke tahun depan.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Pembinaan lebih 100km jalan hubungkan Miri ke Long Terawan dijangka bermula tahun depan - Abang Jo
Pembinaan jalan lebih 100 Kilometer menghubungkan Miri, Marudi, Mulu dan Long Terawan dijangka bermula tahun depan.
Malaysia promosi getah dalam industri pembinaan jalan - Menteri Kerja Raya
Kerajaan Malaysia berminat untuk menggalakkan penggunaan getah dalam pembinaan jalan, sekali gus membantu pertumbuhan ekonomi industri getah, kata Menteri Kerja Raya.