awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan menara telekomunikasi di tanah MPSJ ditangguhkan serta merta

Anthea Yap
Anthea Yap
03/08/2016
13:34 MYT
Pembinaan menara telekomunikasi di tanah MPSJ ditangguhkan serta merta
Pegawai Perancangan Bandar MPSJ bersama Syarikat Telekomunikasi telah diarah supaya berbincang dengan penduduk di kawasan terbabit.
Pembinaan kesemua 18 menara telekomunikasi atas tanah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ditangguhkan serta merta.
Penangguhan itu dibuat sehingga satu perbincangan menyeluruh bersama penduduk di kawasan penempatan terbabit dilakukan dalam masa terdekat.
Menurut Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, beliau sudah mengarahkan pegawai Perancangan Bandar MPSJ bersama syarikat telekomunikasi (telco) supaya berbincang dengan penduduk di kawasan terbabit.
"Bagi pihak MPSJ semalam, kita telah membincangkan secara terperinci bahawa perkara ini perlu ditangguhkan.
Kita akan memanggil pihak JKP dan Ahli Majlis untuk berbincang lebih mendalam keperluan dan cara kaedah terbaik untuk mengatasi masalah pemasangan tiang telco," katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, hari ini.
Antara 18 lokasi pembinaan menara telekomunikasi terbabit ialah Persiaran Puteri, Persiaran Puncak Jalil, Bandar Kinrara 3, USJ 21, Persiaran Subang Damai, Persiaran Putra Permai dan SS18 Subang Jaya.
Mengulas mengenai MPSJ meluluskan pembinaan berkenaan, Datuk Nor Hisham berkata kelulusan di peringkat MPSJ adalah hanya terhad kepada lokasi tapak pembinaan sahaja.
Syarikat Telekomunikasi terbabit turut perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Tanah dan Ukur serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Pada Selasa, sejumlah penduduk di kawasan perumahan SS18 mengadakan bantahan mendakwa akan menerima kesan terhadap projek pembinaan menara telekomunikasi setinggi 30 meter di kawasan mereka.
Mereka mendakwa pembinaan menara telekomunikasi itu diluluskan pihak berkuasa tanpa berbincang terlebih dahulu dengan penduduk.
Topic Berkaitan
#Majlis Perbandaran Subang Jaya
#menara telekomunikasi
#MPSJ
#Nor Hisham Ahmad Dahlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan