awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan plaza tol Genting Highlands tidak libatkan LLM, KKR - Young Syefura

Sinar Harian
Sinar Harian
21/10/2023
11:21 MYT
Pembinaan plaza tol Genting Highlands tidak libatkan LLM, KKR - Young Syefura
Young Syefura Othman menjelaskan sudah mendapat pengesahan berhubung pembinaan plaza tol di kawasan tersebut sejak 13 Oktober lalu. - Gambar fail
KUANTAN: Projek pembinaan rumah tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands tidak dimaklumkan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR)
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menjelaskan sudah mendapat pengesahan berhubung pembinaan plaza tol di kawasan tersebut sejak 13 Oktober lalu.
"Saya telah mendapat pengesahan bahawa usaha pembinaan plaza tol di kawasan tersebut tidak melibatkan dan tidak dimaklumkan kepada LLM dan KKR.
"Walau bagaimanapun, sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian haruslah mendapat Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, setakat ini, pihak Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan kerajaan negeri Pahang tidak menerima apa-apa permohonan berkenaan pembinaan plaza tol ini.
"Oleh itu, arahan henti kerja telah dikeluarkan oleh MBK agar pihak pemaju menghentikan sebarang usaha-usaha lanjut pembinaan sehinggalah pihak pemaju menghantar permohonan untuk diteliti sebelum dinilai dan diluluskan," katanya.
Sebelum itu, Young Syefura turut mengambil maklum tentang isu yang sedang tular itu kerana ia menimbulkan keresahan pelbagai pihak.
"Untuk pengetahuan semua, Genting Highlands merupakan tanah persendirian. Sejak sekian lama jalan ke Genting Highlands diuruskan oleh pihak Genting Highlands sendiri," katanya.
Baru-baru ini, tular gambar pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, sekali gus mendapat perhatian warganet yang membuat spekulasi berkemungkinan plaza tol bakal dibangunkan di situ.
Memetik laporan Sin Chew Daily, jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd mengesahkan pelaksanaan tol itu.
Syarikat tersebut akan mengendalikan tol, namun pemandu hanya dikenakan bayaran semasa ke Genting Highlands dan bukan ketika menuruni kawasan tanah tinggi itu.
Bagaimanapun, jurucakap syarikat berkenaan tidak dapat mengesahkan tarikh pelaksanaan dan kadar tol yang akan dikenakan.
Difahamkan syarikat itu bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, sistem kumbahan serta lampu jalan dan menyelenggara jalan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Genting Highlands
#plaza tol
#Young Syefura Othman
#KKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan