BUKIT KAYU HITAM: Pembukaan pintu sempadan negara bagi membenarkan kemasukan pelancong asing ke negara ini hanya akan ditentukan selepas negara beralih ke fasa endemik COVID-19.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pada masa ini negara masih berada dalam fasa pandemik wabak itu dan kesediaan untuk peralihan ke fasa endemik akan ditentukan oleh Kementerian Kesihatan.
"Apabila kita telah bersedia, Kementerian Kesihatan akan mengumumkan, sekarang ini masih dalam isu fasa pandemik, kalau kita sudah bersedia boleh masuk ke fasa endemik.
"Sebenarnya, (agensi penguatkuasaan yang mengawal pintu masuk sempadan) Jabatan Imigresen Malaysia sudah bersedia, Pasukan Gerakan Am (PGA) sudah bersedia, kami sudah bersedia (untuk pintu sempadan negara dibuka)," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.
Hamzah berkata kebenaran rentas pintu sempadan negara oleh rakyat negara ini atau warga asing itu juga nanti akan tertakluk kepada prosedur operasi standard yang akan ditentukan kemudian.
Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan kebocoran maklumat dalam pangkalan data peribadi MyIdentiti, Hamzah menegaskan hanya agensi kerajaan sahaja yang dibenarkan menggunakan maklumat itu.
"Saya sudah maklumkan bahawa kami hanya beri kepada agensi kerajaan sahaja, kami tidak beri kepada pihak swasta. Jadi itu (dakwaan bahawa maklumat itu diberikan kepada pihak swasta) hanya andaian yang dibuat semata-mata," katanya.
Mengenai pembubaran AKSEM dan penyerahan fungsinya kepada PGA di bawah PDRM, Hamzah berkata ia akan menjadikan penyaluran 'perintah dan kawalan' daripada pihak atasan berkaitan operasi dan kawalan di sempadan negara lebih mudah dan berstruktur.
"Kami akan pastikan mempunyai tugasan yang fokus kepada masalah yang kita hadapi di sempadan-sempadan. Kami gabungkan tugasan itu supaya PGA akan dapat memastikan segala tugasan yang di bawah AKSEM dulu, PGA juga akan mengambilnya sebagai keutamaan," katanya.
HAMZAH-PINTU SEMPADAN 3 (AKHIR) BUKIT KAYU HITAM
Hamzah berkata kesemua aset AKSEM akan diambil alih dan diuruskan oleh PGA, sementara seramai 909 anggota dan pegawai perjawatan asal dalam AKSEM akan dikembalikan kepada agensi masing-masing.
Sebelum ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Mac bersetuju dengan cadangan rasionalisasi AKSEM menerusi penstrukturan semula serta diletakkan di bawah PDRM dan Akta AKSEM 2017 (Akta 799) akan dimansuhkan setelah proses penstrukturan itu dilaksanakan.
AKSEM yang ditubuhkan pada Disember 2017 melibatkan keanggotaan daripada lima agensi iaitu PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi AntiDadah Kebangsaan serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kompleks AKSEM, Bukit Kayu Hitam hari ini. - Foto BERNAMA
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Pelancong Indonesia teruja untuk datang ke Malaysia
Lokasi pelancongan utama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Genting Highland sangat dirindui pelancong Indonesia.
Pembukaan pintu sempadan ditentukan selepas negara beralih ke fasa endemik COVID-19
Pembukaan pintu sempadan negara bagi membenarkan kemasukan pelancong asing ke negara ini hanya akan ditentukan selepas negara beralih ke fasa endemik COVID-19.
Kebenaran rentas negeri dijangka pertengahan Oktober - Muhyiddin
Kebenaran merentas negeri dijangka akan diputuskan selewatnya-lewatnya pada pertengahan Oktober ini.