KUALA LUMPUR: Pembukaan semula sekolah di seluruh negara mulai 3 Okt ini selepas ia ditutup bagi tempoh yang agak lama akan mewujudkan persekitaran yang selamat sekali gus mampu mengembalikan semangat murid.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Wang Heng Suan berkata ia susulan dokumen Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) setebal 120 halaman, memberikan fokus utama dari segi pembersihan di sekitar kawasan sekolah.
"Antaranya, permukaan yang sering disentuh perlu sentiasa disanitasi, laluan pergerakan murid, waktu rehat dan beberapa lagi ciri-ciri keselamatan selain rutin harian iaitu saringan suhu murid, memastikan murid memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal seperti ketetapan KPM," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata NUTP yakin pembukaan sekolah secara berperingkat juga merupakan sebahagian cara KPM mengenal pasti situasi dan keadaan dalam mengawal penularan COVID-19.
Pembukaan sekolah akan dilaksanakan secara berperingkat bermula esok khususnya pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dan ia membabitkan kelompok pelajar tertentu di negeri-negeri fasa dua dan ke atas di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Pembukaan semula sesi persekolahan akan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan dengan kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi mengurangkan bilangan di dalam kelas dan risiko penularan COVID-19.
Wang berkata NUTP berharap semua pentadbir dan guru sekolah mengikut garis panduan yang ditetapkan dan menjadikan ia sebagai rujukan dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi ketika murid berada di sekolah.
Beliau berkata garis panduan itu cukup lengkap penerangan dan langkah yang perlu diuruskan dalam memastikan keselamatan murid termasuk menyarankan pihak pentadbir sekolah mewujudkan Jawatankuasa COVID-19 di peringkat sekolah.
Garis panduan itu turut memaklumkan guru atau kakitangan sekolah yang tidak mahu menerima vaksin tidak dibenarkan berada atau ditempatkan di dalam ruang yang sama dengan mereka yang lengkap vaksinasi.
Justeru, hanya guru dan kakitangan yang telah menerima vaksin lengkap akan bertugas di sekolah dan ia akan mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih selamat kepada murid-murid.
Sebanyak 97.5 peratus guru telah divaksin sekurang-kurangnya satu dos, anggota kumpulan pelaksana (97 peratus) dan Pegawai Perhubungan Sekolah (90.6 peratus) setakat 11 Sept lepas.
Turut senada adalah Presiden Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan yang berkata kesiapsiagaan persekitaran sekolah yang bersih dan pengambilan vaksinasi oleh majoriti golongan guru serta pelajar yang ke sekolah akan menjadikan pembukaan sekolah kali ini lebih selamat.
Beliau berkata garis panduan oleh KPM mencakupi semua yang berkaitan perjalanan pengurusan sekolah khususnya semasa pandemik dan endemik kelak.
"Kawalan pelajar semasa dan selepas sekolah dengan kehadiran pelajar 50 peratus dibantu oleh pihak penguat kuasa serta sukarelawan. Kawalan waktu makan, aturan di makmal, bilik air dan tempat solat juga mencukupi.
"Jadi, tentu sekolah memang selamat dan mampu kembalikan keceriaan serta semangat pelajar untuk terus seronok menimba ilmu yang dikehendaki," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata ibu bapa dan warga pendidik perlu sentiasa waspada dan tidak merasa selesa sepenuhnya meskipun tiada paksaan atau tindakan bagi ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021
Hanya guru dan kakitangan yang telah menerima vaksin lengkap akan bertugas di sekolah. - Foto fail/BERNAMA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
Lebih 415,000 pelarian Gaza berlindung di sekolah PBB - UNRWA
Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan pada Ahad lebih 415,000 rakyat Palestin yang menjadi pelarian, kini berlindung di bangunan sekol
Sidang media khas KPM mengenai banjir, persiapan SPM pagi ini
Sidang media khas tersebut akan dikendalikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan diadakan pada jam 10.45 pagi di Putrajaya.
Hampir 200 sekolah di UK ditutup akibat salji lebat
Jabatan Meteorologi UK (Met Office) mengekuarkan amaran peringkat kuning untuk England, Scotland dan Ireland Utara.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
KPWKM teruskan program advokasi gangguan seksual terhadap kanak-kanak
KPWKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-kanak di 327 sekolah tahun ini.
Sebuah sekolah sementara di Gaza dibuka
Sekolah itu menggunakan khemah sebagai bilik darjah yang mampu menempatkan sehingga 1,800 pelajar dari darjah satu hingga empat.
Anak siapa pun, tiada kompromi dalam kes buli - Fadhlina
Fadhlina mengulas dakwaan vokalis kumpulan Spider, Tam yang mendedahkan anak lelakinya menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.