awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembuli doktor pelatih sila berhenti sebelum tindakan diambil - Exco Melaka

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/05/2022
07:19 MYT
Pembuli doktor pelatih sila berhenti sebelum tindakan diambil - Exco Melaka
Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, amaran keras diberikan kepada pegawai perubatan atau pakar yang sesuka hati membuli doktor pelatih tanpa belas kasihan. - Gambar hiasan/pixabay.com
KUALA LUMPUR: Doktor pelatih di Melaka yang berdepan dengan isu buli yang teruk boleh membuat laporan terus kepada Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri.
Pengerusinya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, amaran keras juga diberikan kepada pegawai perubatan atau pakar yang sesuka hati membuli doktor pelatih tanpa belas kasihan.
"Jika anda (pegawai perubatan atau pakar) melakukan perkara itu sila berhenti sebelum saya mengambil tindakan.
"Mengajar dan melatih bukan lesen untuk membuli tanpa memikirkan perasaan mereka.
"Jika mana-mana doktor pelatih dalam Melaka yang mempunyai situasi dibuli sehingga menjatuhkan maruah, anda boleh maklumkan kepada saya secara terus untuk saya siasat sendiri dan ambil tindakan jika ia benar-benar berlaku,” katanya dalam perkongsian di Instagramnya di sini, pada Sabtu.
View this post on Instagram
A post shared by Akmal Saleh (@akmalsaleh)
BACA: Kematian doktor pelatih HPP: KKM tubuh 'taskforce', siasat budaya buli - Khairy
Menurut Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Merlimau, beliau juga pernah menjadi doktor pelatih selama dua tahun di Hospital Ampang, Selangor dan merasai bagaimana perit untuk belajar dan menimba pengalaman menjadi seorang doktor.
Katanya, walaupun perit tetapi tidak pernah sesekali senior, pegawai perubatan ataupun pakar yang membulinya sehingga menjatuhkan maruah.
“Maka itu tidak menjadikan alasan doktor pelatih ini diperlakukan seperti tiada perasaan, semua itu tidak menjadi alasan untuk mereka ini boleh dibuli sehingga menjatuhkan maruah mereka.
Bebanan waktu kerja doktor junior, apa penyelesaiannya?
Pada 17 April lalu, seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang (HPP) yang maut terjatuh dari bangunan pangsapuri di Jalan Dato Keramat didapati pernah mengadu terbeban dengan tugas.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden V Saravanan berkata, maklumat tersebut diperoleh hasil keterangan daripada rakan serumah mangsa baru-baru ini.
Bagaimanapun menurut beliau, siasatan akan dijalankan daripada pelbagai sudut termasuk melibatkan elemen jenayah mahupun masalah peribadi.
Topic Berkaitan
#doktor pelatih
#laporan
#buli
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan