awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembuli jalan raya ditahan polis di Johor

Bernama
Bernama
11/11/2019
00:57 MYT
Pembuli jalan raya ditahan polis di Johor
Ismail (gambar) berkata, lelaki berkenaan kini ditahan di bawah Seksyen 506/509 Kanun keseksaan untuk membantu siasatan. - Gambar fail
Seorang lelaki ditahan polis dipercayai terlibat dalam kes buli jalan raya terhadap seorang pemandu wanita dalam kejadian yang berlaku di Jalan Johor Jaya Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata, bertindak atas maklumat, 'pembuli' berumur 27 tahun itu berjaya ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam di Permas Jaya untuk membantu siasatan.
"Satu laporan polis diterima IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Seri Alam Jumaat lalu oleh seorang perempuan berusia 26 tahun di Balai Polis Johor Jaya menyatakan kira-kira 8.30 pagi semasa mangsa memandu di Jalan Johor Jaya, keretanya telah dipotong oleh sebuah kereta lain dari sebelah kiri lalu berhenti di hadapan kereta mangsa.
"Seorang lelaki bertindak turun dari kereta dan datang ke arah mangsa lalu memarahi dan memaki mangsa selain mengambil gambar mangsa mengunakan telefon bimbitnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Lelaki berkenaan kini ditahan di bawah Seksyen 506/509 Kanun keseksaan untuk membantu siasatan.
BACA: Perketat syarat pengambilan lesen, elak pembuli jalan raya
Terdahulu, tular di laman sosial Facebook sebuah video berdurasi empat minit 28 saat memaparkan pemandu kereta mewah jenis Audi bertindak menghalang kereta seorang wanita di tengah jalan raya dan memarahi dan memaki wanita tersebut.
Turut kedengaran dalam video itu wanita berkenaan yang dipercayai sedang mengandung turut menangis kerana ketakutan.
Lelaki itu kemudiannya mengambil gambar mangsa sebelum menunjukkan isyarat lucah dan beredar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Audi
#buli
#Facebook
#Ismail Dollah
#isyarat lucah
#Jalan Johor Jaya
#kereta mewah
#mangsa
#menangis ketakutan
#mengandung
#menghalang kereta
#pemandu wanita
#pembuli jalan raya
#Permas Jaya
#polis
#Seri Alam
#siasatan
#Tular
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan