awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembunuhan bekas Pengerusi DAP Kampung Jering tiada motif politik - Ketua Polis Perak

Bernama
Bernama
25/02/2014
07:18 MYT
Pembunuhan bekas Pengerusi DAP Kampung Jering tiada motif politik - Ketua Polis Perak
Kes pembunuhan bekas pengerusi DAP Kampung Jering di Ayer Tawar dekat sini minggu lepas tidak mempunyai sebarang kaitan politik atau melibatkan isu perkauman, kata Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata oleh yang demikian siasatan polis kini diteruskan dengan lebih mendalam ke arah aspek pergaulan sosial, keperibadian serta hubungan kekeluargaan mangsa.
"Selain itu kita juga meneliti aspek perniagaan yang dijalankannya kerana mangsa merupakan seorang kontraktor yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan serta tanaman semula kelapa sawit yang dijalankan secara berskala besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Pada 19 Feb lepas, Wong Kong Ting, 56, mati ditembak di bahagian badan, tangan dan dada di depan rumahnya di Kampung Jering, Ayer Tawar dalam kejadian pukul 11 malam.
Pihak polis menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian dan tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat lebih daripada seorang.
Acryl Sani berkata polis sedang mengumpul lebih banyak maklumat dan latar belakang mangsa daripada seorang lelaki yang ditahan reman.
"Kita masih lagi dalam proses membuat beberapa pertanyaaan kepada tahanan itu supaya kita ada petunjuk lain," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun tidak bermakna lelaki tersebut merupakan suspek utama kerana dia hanya membantu pihak polis.
Topic Berkaitan
#Ayer Tawar
#Kampung Jering
#motif
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan